Ad

Saturday 17 December 2016

KOTA FAMOSA

OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
      Pada 24 Ogos 1511 Melaka jatuh ke tangan Portugis. Orang Portugis tidak menakluk dan menjajah keseluruhan empayar Melaka. Ia hanya dapat menakluk dan menduduki bandar dan pelabuhan Melaka sahaja.Ia tidak berupaya menakluki dan menduduki neger-negeri lain kerana jumlah askarnya tidak mencukupi. Portugis mengukuhkan kedudukannya dengan membina sebuah kota yang diberi nama A Famosa yang bermakna  “Yang Terkenal”. [1]

      Sebenarnya kota ini merupakan sebuah kubu pertahanan mereka. Di bawah kuasa mereka, bandar dan pelabuhan Melaka yang dahulunya merupakan sebuah bandar dan pelabuhan yang terkemuka bertukar menjadi bandar berkurung dan merosot.Sultan Mahmud dan penggantinya telah menyerang Melaka berkali-kali , tetapi gagal. Kota itulah yang menjadi benteng  pertahanan orang Portugis.[2]


   Foto 1-Bahagian depan Pintu Gerbang Kota A Famosa
   Foto 2 -Pandangan Kota A Famosa dari Jalan Istana.
   Foto 3- Pandangan dari bahagian atas Kota A Famosa.
   Foto 4 - Pandangan Kota A Famosa dari bahagian sisi.

[1]Zainal Abidin Abdul Wahid,ed., Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka),1996.
[2] Ibid.

No comments:

Post a Comment