Ad

Friday 9 December 2016

FAM perlu pertimbang hasrat Faiz

DISEMBER 2016
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 DISEMBER 2016
 Mohd Faiz Subri
Mohd Faiz Subri Mohd Faiz Subri . FOTO : AFIQ RAZALI
NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berpandangan impian dan hasrat Mohd Faiz Subri untuk membawa keluarganya bagi menghadiri Malam Anugerah Bola Sepak, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich perlu dipertimbangkan oleh badan induk negara itu.

Takiyuddin berkata, FAM perlu memberi peluang itu kepada keluarga Mohd Faiz kerana pemain Pulau Pinang itu telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Majlis tersebut akan berlangsung di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan dengan Mohd Faiz tersenarai dalam kalangan tiga calon untuk memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016.

"Sebagai Naib Presiden, FAM perlu menaja dengan membawa keluarga Faiz untuk menemaninya bagi hadiri anugerah itu nanti.

"Apa pun, ia bergantung kepada Setiausaha Agung, Datuk Hamidin Mohd Amin kerana saya tak boleh buat sebarang keputusan," katanya kepada pemberita di Hotel Premiera, di sini, har ini.

Sebelum ini, Mohd Faiz meluahkan hasrat untuk membawa isteri serta dua anaknya yang masing-masing berusia empat tahun dan tujuh bulan bagi menghadiri Malam Anugerah tersebut.

Mohd Faiz, 29, menjadi pemain Asia pertama tersenarai dalam tiga calon terakhir anugerah berkenaan dan calon ketiga dari Asia disenarai pendek dalam 10 jaringan terbaik Puskas sejak 2009.

Kumi Yokoyama yang bermain untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat 10 terbaik diikuti seorang lagi pemain Jepun, Hisato Sato pada 2014.

Selain Mohd. Faiz, dua lagi calon untuk anugerah tersebut ialah pemain Cortinthians dari Brazil, Marlone dan Daniuska Rodriguez (AFF San Diego/Venezuela).

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 9 DISEMBER 2016

No comments:

Post a Comment