Sultan Muhammad V melafaz
sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
BERKUAT kuasa 13 Disember lalu,
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, 47, telah memulakan tugas sebagai Yang
di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam
Shah, 89, untuk tempoh lima tahun selepas Tuanku Muhammad V dipilih dalam
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas kali ke-243 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada
15 Oktober 2016.
Pemilihan tersebut diputuskan
dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin
Putra Jamalullail dan dihadiri semua sembilan orang raja Melayu. Sultan Perak,
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan
Agong.
Ini merupakan kali kedua Sultan
Kelantan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini, nenda Tuanku
Muhammad V, Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dipilih
sebagai Yang di-Pertuan Agong keenam bermula 21 September 1975 hingga
kemangkatan baginda pada 29 Mac 1979.
Sumber-
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4UOYHgyv7
No comments:
Post a Comment