Ad

Thursday, 24 June 2021

Cavani pacu Uruguay ke suku akhir

AFP



CAVANI meraikan jaringannya. FOTO AFP

Cuiaba: Edinson Cavani menjaringkan gol peribadi ke-52 untuk Uruguay yang menempah tiket suku akhir Copa America 2021 selepas menewaskan Bolivia 2-0, hari ini.

Penjaga gol Bolivia, Carlos Lampe tidak bernasib baik apabila menjaringkan gol ke gawang sendiri namun dia bertindak cemerlang sepanjang perlawanan.

Bolivia bakal muncul pasukan pertama tersingkir daripada kempen kali ini jika Paraguay dapat mengelak tewas kepada Chile dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A.

Uruguay bagaimanapun berhak meraih kemenangan pertama mereka selepas mendominasi perlawanan hari ini.

Giorgian De Arrascaeta memperoleh peluang pertama untuk Uruguay namun rembatannya dengan menggunakan kaki kiri sedikit tersasar.

Luis Suarez juga mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun Lampe pantas dapat menghidu gerakannya.

Gol pertama Uruguay minit ke-40 berpunca daripada hantaran De Arrascaeta ke kotak penalti yang kemudian cuba dikeluarkan Jairo Quinteros namun bola tertampan ke Lampe sebelum menerjah gawang.

Lampe diuji lagi sebelum berakhir babak pertama apabila berjaya menafikan sepakan percuma Suarez.

Cavani mengesahkan kemenangan Uruguay apabila menjaringkan gol kedua 11 minit sebelum tamat perlawanan.Disiarkan pada: Jun 25, 2021 @ 8:18am.1

__________________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/722375/cavani-pacu-uruguay-ke-suku-akhir

No comments:

Post a Comment