Ad

Sunday, 13 June 2021

Dumfries wira Belanda

AFP



DUMFRIES (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP

Amsterdam: Belanda menewaskan Ukraine 3-2 di saingan Euro 2020 pada penampilan semula mereka di kejohanan utama buat kali pertama selepas tujuh tahun.

Kapten Belanda, Georginio Wijnaldum menjaringkan gol pembukaan minit ke-52 di Amsterdam dan Wout Weghorst menambah gol kedua minit ke-58.

Ukraine bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi dua gol pantas Andriy Yarmolenko dan Roman Yaremchuk.

Namun tandukan Denzel Dumfries lima minit sebelum tamat perlawanan memastikan skuad bimbingan Frank de Boer meraih tiga mata penuh.

Disiarkan pada: Jun 14, 2021 @ 5:18am

No comments:

Post a Comment