Jun 25, 2021 @ 10:28am
Ronaldo yang juga bekas rakan sepasukan Benzema di Real Madrid bertukar jersi, sebelum memasuki terowong ketika Portugal menentang Perancis di Budapest. - Foto AGENSI
LONDON: Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema berkongsi detik menyentuh hati pada separuh masa pertembungan Portugal dan Perancis dalam aksi Kumpulan F, semalam.
Dua pemain itu pernah membentuk gandingan tiga serangkai di Bernabeu yang lebih dikenali dengan gelaran 'BBC' bersama pemain Wales, Gareth Bale.
Kerjasama tiga pemain berkenaan membantu Real Madrid merangkul empat gelaran Liga Juara-Juara dan dua La Liga sejak menyertai gergasi Sepanyol itu pada 2009.
Ronaldo bagaimanapun, meninggalkan skuad Los Blancos tiga tahun berikutnya dan tidak pernah bertemu Benzema sejak menyertai Juventus.
Jadi, aksi terakhir Kumpulan F itu boleh diibaratkan sebagai pertemuan peribadi apabila kedua-dua bintang bola sepak berkenaan berpelukan ketika rehat separuh masa.
Mereka turut bertukar jersi sebelum memasuki terowong di Budapest dan meneruskan perbincangan menuju ke bilik persalinan.
Selepas tamat perlawanan, Ronaldo menukar pula jersinya dengan penyerang Perancis, Kylian Mbappe, manakala Benzema pula menukar jersinya dengan seorang lagi bekas pertahanan Real Madrid, Pepe. - AGENSI.1
___________________________________
1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/06/831868/euro-hubungan-akrab-ronaldo-benzema
No comments:
Post a Comment