Ad

Monday, 14 June 2021

Peluang Itali mara awal


Agensi

Memuat naik: 1048000 daripada 1868950 bait dimuat naik.


AKSI pemain tengah Itali, Jorginho menanduk bola ketika bertemu Turki. FOTO AFP

Rom: Selepas mempamer aksi meyakinkan apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas Turki pada perlawanan pertama, Itali bakal berdepan Switzerland pula awal pagi Khamis di Stadio Olimpico.

Kemenangan membolehkan Azzurri muncul pasukan pertama mara ke pusingan seterusnya ketika Switzerland sememangnya terdesak mahukan tiga mata penuh selepas sekadar seri dengan Wales pada aksi pertama Kumpulan A.

Kejayaan anak buah Roberto Mancini menewaskan Turki adalah kemenangan kali kesembilan berturut-turut dan mereka mahu menjadikan Switzerland mangsa terbaru sekali gus meraih kemenangan kali ke-10.

Switzerland bakal berdepan ranjau berliku kerana Azzurri tidak pernah tewas sejak September 2018 dan masih tidak dibolosi sepanjang tahun ini.

Benteng pertahanan Itali yang dibarisi pemain veteran, Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci menjadi watak penting kepada aksi ampuh mereka.

Pada awal pagi Khamis ini, peluang untuk mengesahkan ke pusingan seterusnya dengan berbaki satu perlawanan mungkin menjadi pembakar semangat kepada barisan pemain Itali untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri.

Selepas terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Wales, Switzerland sedar kemenangan ke atas Itali membolehkan mereka hampir pasti mara ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun, rekod Switzerland pada saingan Euro agak hambar apabila tersingkir pada saingan peringkat kumpulan sebanyak tiga kali sebelum berakhir pada pusingan 16 terakhir di Perancis lima tahun lalu.

Disiarkan pada: Jun 15, 2021 @ 8:23am

No comments:

Post a Comment