Agensi
Thomas Lemar dan Marcus Thuram berdepan kemungkinan diketepikan dari skuad Perancis. FOTO Agensi
Budapest: Perancis berdepan dengan kegusaran apabila dua tonggak utamanya iaitu pemain sayap Thomas Lemar dan Marcus Thuram dilanda kecederaan ketika sesi latihan.
Kedua-dua pemain itu dilihat mengalami kecederaan ketika menjalani sesi pemulihan selepas seri 2-2 menentang Portugal semalam.
Tottenham yang menyasarkan Thuram, 23, kelihatan berada dalam kesakitan sewaktu di tempat latihan di ibu negara Hungary, Budapest.
Manakala bintang Atletico Madrid Lemar, 25, jelas sekali kecewa apabila terpaksa dibantu dua orang pegawai untuk dipapah keluar.
Didier Deschamps kini menanti dalam debaran berhubung tahap kecergasan dua pemain itu menjelang perlawanan pusingan kedua menentang Switzerland Isnin ini.
Terdahulu bintang Barcelona Ousmane Dembele terlebih dahulu terpaksa diketepikan daripada skuad Perancis kerana mengalami kecederaan.
Dan kemungkinan Deschamps akan berdepan kemungkinan dua lagi pemain yang terpaksa dihantar pulang kerana mengalami kecederaan.
Juara Piala Dunia itu turut berdepan dengan dilema di bahagian pertahanan.
Lucas Hernandez dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika menentang Portugal dan penggantinya Lucas Digne, turut berdepan kecederaan tujuh minit selepas dimasukkan.
Lagi berita berkaitan Euro 2020Disiarkan pada: Jun 25, 2021 @ 9:20am.1
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/722390/perancis-dibayangi-kecederaan
No comments:
Post a Comment