oleh -AHMAD BIN YAAKOB
Khalifah Harun al-Rasyid lahir
di Rayy (Iran) pada tahun 763/149 H dan meninggal dunia pada tahun 809 di Thus,
Khurasan.Baginda merupakan seorang yang mempunyai sifat-sifat seperti gagah,
berani, menyukai hal-hal agama, bijak berpolitik dan cinta akan ilmu pengetahuan.Baginda
telah dilantik sebagai putera mahkota pada tahun 782/166 H dan menjadi khalifah
Abbasiyah kelima pada tahun 786-809/170-193 H.Pemerintahan baginda dianggap
sebagai zaman keemasan Islam kerana Baghdad pada ketika itu menjadi pusat
perdagangan dan pusat ilmu serta peradaban Islam yang terulung.[1]
Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid
a) Dasar pemerintahan dan pentadbiran
b) Hubungan diplomatik
c) Memajukan bidang pendidikan dan intelektual seperti membina Baitul Hikmah, menjadikan Baghdad sebagai
pusat perkembangan ilmu, menggalakkan kegiatan
penulisan dan penterjemahan.
d) Memperkukuhkan angkatan tentera
e) Memajukan bidang ekonomi
khasnya perdagangan.[2]
SUMBANGAN KHALIFAH HARUN al-RASYID
a) Dasar pemerintahan
dan pentadbiran
Harun al-Rasyid telah melantik wazir yang bijak daripada keluarga Barmaki
dalam pemerintahan beliau. Salah
seorang daripada keluarga Barmaki, iaitu Yahya
bin Khalid dilantik sebagai menterinya.Yahya telah memberikan khidmat yang cemerlang kepada kerajaan Harun al-Rasyid. Anak-anak beliau iaitu
Jaafar, Al-Fadhl, Muhammad, dan Musa juga dilibatkan dalam urusan pentadbiran negara. Namun, prestasi mereka yang cemerlang telah
menimbulkan perasaan dengki pegawai-pegawai
yang lain terhadap mereka.Ekoran daripada itu, fltnah dilemparkan kepada keluarga Barmaki sebagai golongan yang lebih condong kepada fahaman Syiah dan membelakangkan ahli Sunnah.
Mereka dikatakan membina
istana yang sama taraf
dengan istana-istana khalifah Mereka
juga dituduh menggunakan wang negara dan sering juga membekukan wang
negara.Lantaran itu, khalifah Harun al-Rasyid bertindak keras menghapuskan keluargaBarmaki dari kerajaannya.Pada tahun 803 Masihi/187 Hijrah, Khalifah Harun bertindak memberkas tokoh tokoh Barmaki termasuk
Yahya bin Khalid, Jaafar, dan
Fadhl bin Yahya. Jaafar telah
dihukum bunuh sementara Fadhl dipenjarakan
seumur hidup. Dengan itu lenyaplah
peranan keluarga Barmaki dalam kerajaan Abbasiyah.[3]
Selain
menghapuskan keluarga Barmaki,
Khalifah Harun telah dapat membanteras segala
kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya
dengan berhikmah tanpa
pertumpahan darah.Salah satu tindakan
yang beliau lakukan untuk mengekalkan kestabilan negara adalah dengan menyusun
semula pasukan tenteranya agar menjadi
sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau amat
mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan memberi perlindungan serta keselamatan
untuk
kesejahteraan rakyatnya.[4]
b) Hubungan diplomatik
Dalam bidang politik pula,
baginda telah mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing. Pada
ketika itu, selain kerajaanAbbasiyah di Baghdad, terdapat tiga buah kerajaan
besar lain, iaitu:
(a) kerajaan Byzantine di
Constantinople.
(b) kerajaan Umayyah di
Andalus.
(c) Perancis di Eropah.[5]
Hubungan kerajaan Harun
al-Rasyid dengan kerajaan perancis adalah baik dan beliau tidak
menghadapi banyak masalah berurusan dengan negara perancis.Malah, Khalifah Harun dan rajanya,
Raja charlemenge dikatakan sering
bertukar bingkisan dan baginda pernah membantu
Khalifah Harun menghadapi
Kerajaan Byzantine.
Demikian juga dengan kerajaan Umaiyah kerana mereka mengamalkan
dasar berbaik-baik dengan kerajaan Harun
al Rasyid.Namun, ancaman yang sebenar
datang dari negara Byzantine. Hal ini tercetus akibat Maharaja Nivephoras I yang menaiki takhta selepas
Maharani Irena telah membatalkan
perjanjian taat setia dengan
kerajaan Harun ar-Rasyid.Sebelum ini, raja Byzantine, Ratu Irene meneruskan bayaran ufti kepada kerajaan Abbasiyah tetapi
apabila Rom diperintah oleh Nivephoras
I, beliau telah membatalkan ufti
tersebut. Hal ini menyebabkan Khalifah Harun menghantar tentera menyerang Byzantine.Justeru, tercetuslah peperangan antara angkatan tentera yang dipimpin
oleh Harun al-Rasyid sendiri dengan
kekuatan Rom yang menyaksikan kejayaan berpihak kepada tentera Islam.Kemenangan
tersebut memaksa Maharaja Rom
berdamai dan sanggup untuk berada di bawah naungan kerajaan Abbasiyah.[6]
Selain
itu, pembukaan wilayah-wilayah
baharu diteruskan oleh Khalifah Harun di benua Asia Kecil. Di Laut
Mediterranean, pulau Rhodes, dan Cyprus
telah digempur dan kemudiannya
ditawan pada 805 dan 807 Masihi.Selain itu, Kerajaan
Abbasiyah turut menjalinkan hubungan dengan Maharaja china. Bagi menjaga hubungan baik,
mereka saling bertukar bingkisan.[7]
c) Memajukan
bidang pendidikan dan
intelektual
Khalifah Harun al-Rasyid
memainkan peranan yang besar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Perkembangan
dan kegiatan intelektualisme ini berlaku dalam beberapa peringkat, iaitu
pembukuan, penyusunan semula ilmu pengetahuan dan penterjemahan.
Baitul Hikmah (Perpustakaan Agung) telah
diasaskan sebagai institusi kebudayaan dan pusat keilmuan yang kemudiannya
berkembang dan mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Khalifah
al-Makmun. Melalui penubuhan Baitul Hikmah sebagai institusi penterjemahan,
kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik. Banyak karya-karya asing
dalam bahasa Sanskrit, Suriani dan khususnya ilmu falsafah dan sains Yunani
telah diterjemahkan bagi
dimanfaatkan oleh para cendekiawan Islam.[8]
Bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada
rakyat, baginda telah mendirikan pusat pengajian seperti sekolah, maktab dan
universiti. Keadaan ini juga menyebabkan kegiatan penyelidikan dapat
dipertingkatkan. Contohnya, sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik dan
astronomi. Sesungguhnya, hasil kajian sarjana-sarjana Islam ini kemudiannya
telah tersebar ke Eropah sekali gus memberi sumbangan yang besar kepada
perkembangan
keilmuan hingga melahirkan zaman
Renaisans di Eropah.[9]
Kegiatan pembukuan
Pada peringkat awal,
ilmu pengetahuan dikumpulkan
dalam bentuk lisan, hafalan, dan ingatan
individu.llmu itu akan hilang jika
individu tersebut meninggal dunia. Untuk mengelakkan perkara itu berlaku,
penulisan dan catatan dilakukan pada kulit binatang dan kayu.
Penyebaran ilmu pengetahuan turut berlaku secara lisan. Khalifah Harun al-Rasyid
telah melakukan satu pembaharuan, iaitu menggalakkan ilmu pengetahuan dibukukan untuk kegunaan generasi pada masa itu dan akan datang.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, munculnya ulama yang
membukukan ilmu pengetahuan berkenaan dengan
sejarah (tarikh), kesusasteraan, lughah, hadis, fiqah, tafsir, dan lain-lain. Antara ulama
yang terkemuka ialah Imam Malik (menyusun buku al-Muwatta'), Ibn Ishaq (menyusun buku
al-Sirah), dan Abu Hanifah
(menyusun buku Fiqah). Melalui proses
pembukuan ini, ilmu pengetahuan dapat berkembang luas dalam pemerintahan Bani Abbasiyah.[x]
Penyusunan ilmu pengetahuan Islam
Perkembangan dan kegiatan penyusunan semula ilmu pengetahuan Islam yang berhubung dengan hukum-hakam telah
bermula sejak pemerintahan Khalifah Abu
Jaafar al-Mansur 754 - 775 M. (1236 -158 H.).Apabila
Khalifah Harun al-Rasyid memerintah negara dan umat Islam 786 -
809 M. (170 - 193 H.), beliau menumpukan perhatian
yang lebih terhadap perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Untuk tujuan itu, penyusunan ilmu tersebut sangat diperlukan supaya
tidak terkeluar daripada konsep
al-Quran dan Hadis.
Penumpuan dibuat kepada ilmu tafsir, hadis, faraid, usuluddin, syariah, tauhid, dan fiqah.
Kegiatan
terjemahan
Bagi memperkayakan dan memperbanyakkan sumber
bacaan dan khazanah ilmu pengetahuan,
Khalifah Harun al-Rasyid menggalakkan pakar bahasa menterjemahkan buku-buku asing
seperti dari China, India, Yunani, dan Parsi. Penumpuan diberi kepada menterjemahkan buku-buku
berkenaan ilmu perubatan, falsafah,
kesenian dan menterjemahkan
bukubuku agama dalam bahasa Arab kepada
bahasa asing untuk menyebarkan ilmu tersebut di luar tanah
Arab. Contohnya Jurjis bin
Bakhitislu menterjemahkan buku Pancatanra, Mahabhrata dan Sindhanta.
Untuk melicinkan kegiatan
penterjemahan, Khalifah Harun al-Rasyid
telah melantik Yuhama bin Musaiwaih sebagai
Setiausaha Institut Terjemahan
dan golongan penterjemah dikenali
sebagai intelektualisme Islam.Prof. Dr.
Ahmad Shalaby dalam
Sejarah Kebudayaan Islam menyatakan bagi menyebarkan ilmu pengetahuan berkenaan agama Islam, Khalifah Harun
al-Rasyid mendirikan institusi pengajian
seperti masjid, maktab, dan sekolah.
Ini menjadikan Kota Baghdad
dikenali sebagai gedung ilmu
pengetahuan dan
dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh dunia.[10]
d)Memajukan bidang ekonomi
Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun
al-Rasyid telah menjadikan kota Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur dan
Barat yang terbesar dan tersibuk di dunia. Banyak aktiviti perdagangan
dijalankan di situ dan ini menarik kedatangan ramai pedagang asing untuk
berdagang di kota tersebut. Contohnya - pedagang dari India membawa kain dan
rempah-ratus, pedagang dari China pula membawa teh dan sutera serta pelbagai
barangan dagangan lain seperti dari Mesir, Turki, Afrika dan Syria.Selain
kegiatan perdagangan, pertanian juga diutamakan. Untuk itu, baginda membuka
banyak tanah-tanah pertanian yang baharu serta memberikan benih tanaman kepada
para petani.[11]
[1]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,56.
[2]Institusi
Khalifah”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),18.
[4] Ibid.
[5] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,57.
[7] Ibid.
[viii]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,56.
[9] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor
Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal 2,102.
[10]
ibid
[11] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 57.
No comments:
Post a Comment