RIO DE JANEIRO 16 Jun -
Argentina mempamer aksi jauh daripada meyakinkan walaupun membuka kempen Piala
Dunia dengan kemenangan selepas menewaskan Bosnia 2-1 dalam perlawanan Kumpulan
F di sini, sebentar tadi.Diletak sebagai pilihan untuk membawa pulang Piala
Dunia, skuad
La Albiceleste memerlukan
jaringan sendiri lawan, selain gol menerusi Lionel Messi untuk meraih tiga mata
penuh.Kesilapan pemain pertahanan Bosnia, Sead Kolasinac menolak bola ke gawang
sendiri membenarkan juara dunia dua kali, Argentina mendahului 1-0 seawal minit
ketiga.Pemain Terbaik Dunia empat kali, Messi menjadikan kedudukan 2-0 pada
minit ke-65.
Bosnia mengasak kubu lawan pada
10 minit terakhir permainan dan berjaya merapatkan jurang 2-1 menerusi Vedad
Ibisevic pada minit ke-84, namun jaringan itu sudah terlalu lewat untuk
membantu kebangkitan mereka. - AGENSI
RUJUKAN-
ArtikelPenuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140616/sl_17/Argentina-cemas-sebelum-menang#ixzz34nbrHQwT
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment