STEVEN Gerrard (kiri) dan Roy
Hodgson hadir bersama dalam satu sidang akhbar di Watford, England baru-baru
ini menjelang perlawanan Piala Dunia di Brazil. - REUTERS
MIAMI - Walaupun Steven Gerrard
bakal menjadi kapten England pada Piala Dunia buat kali kedua, namun bintang
tengah The Three Lions itu mendedahkan, kejohanan di Brazil adalah pengalaman
sebenarnya menggalas tugas ketua pasukan kerana tidak merasakan dirinya diberi
kepercayaan oleh pengurus terdahulu, Fabio Capello.
Bintang tengah Liverpool itu
dipilih sebagai kapten pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan hanya selepas
pilihan pertama, Rio Ferdinand mengalami cedera, manakala lilitan kapten John
Terry ditarik balik ekoran kontroversi yang melanda pemain itu.
"Capello tidak mempercayai
saya sebagai kapten utamanya seperti mana (pengurus England) Roy (Hodgson).
"Saya tidak tahu bagaimana
hendak menjelaskannya. Saya rasa dia (Capello) mempercayai saya sebagai seorang
pemain dan hubungan kami baik tetapi ketika hendak memilih kapten, dia sudah
ada pilihan lain seperti Rio Ferdinand dan John Terry.
"Dia mempunyai pemain
kegemarannya sendiri dan terpaksa menawarkan tempat itu kepada saya atas sebab
tertentu, tetapi sekarang saya tahu saya adalah pilihan pertama Roy dan situasi
ini memberi suntikan semangat kepada saya," jelas Gerrard.
Pada ketika Gerrard gembira
dengan sokongan penuh yang diberikan oleh pengurus dan melaksanakan tugas
sebagai ketua pasukan dengan baik, pemain berusia 34 tahun itu bagaimanapun
tidak langsung berubah sikap dan masih seorang senior yang merendah diri dalam
skuad yang dibarisi ramai muka baharu.
"Saya masih pemain yang
sama seperti empat tahun lalu.
"Kalau saya mahu pergi
membantu pemain-pemain lain atau memberikan arahan, walaupun kepada John, saya
akan melakukan. Saya percaya dia akan menghormati situasi itu.
"Pada saya, walaupun saya
seorang kapten saya tetap memerlukan sokongan rakan-rakan sepasukan. Saya masih
perlukan sokongan pemain senior seperti Frank (Lampard) dan Wayne (Rooney),
selain Phil Jagielka yang juga mampu memimpin pasukan. Kami akan melakukannya
sebagai satu pasukan
"Namun sudah tentu, saya
lebih suka menjadi ketua pasukan berbanding pembantu kapten," katanya
lagi.
Gerrard turut menambah, dia
gembira dapat berada dalam skuad muda England yang diyakini lebih baik
berbanding pasukan yang pernah dibawa Capello pada Piala Dunia terdahulu. - AFP
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140608/sl_03/Baru-rasa-jadi-kapten#ixzz343GcEGeV
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment