Ad

Wednesday, 11 June 2014

Brazil optimis tewaskan Croatia

 
SCOLARI (tengah) memberikan arahan kepada pemain-pemain Brazil pada sesi latihan di Teresopolis, Rio de Janeiro kelmarin.

TERESOPOLIS, Brazil - Brazil mempunyai banyak sebab untuk berasa yakin bagi menghadapi perlawanan pembukaan Kumpulan A kempen Piala Dunia 2014 menentang Croatia di Arena Corinthians, Sao Paulo awal pagi esok.

Selain memenangi perlawanan sulung itu, skuad Samba turut optimis untuk menjulang trofi Piala Dunia 2014 di tanah air sendiri.

Pembantu jurulatih Brazil, Carlos Alberto Parreira berasa sangat yakin yang pasukan itu akan menjulang trofi keenam Piala Dunia.

Parreira menyuarakan keyakinan itu kerana Brazil dibarisi benteng pertahanan terbaik dunia yang diketuai dua pemain Paris Saint-Germain, Thiago Silva dan David Luiz.

Kehadiran Silva dan Luiz yang turut dibantu Dani Alves serta Marcelo akan memberikan keyakinan yang tinggi kepada penjaga gol, Julio Cesar bagi memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

Pada masa sama, Brazil memiliki seorang pemain berstatus bintang iaitu Neymar yang berkemampuan untuk menjaringkan gol.

Apabila keadaan menjadi sukar, kami akan cuba melakukan sesuatu bagi melorongkan bola kepada Ney- mar," kata rakan sepasukan Neymar di posisi serangan, Fred.

Bagaimanapun jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari perlu mencongak strategi ampuh untuk merencana jentera tengah pasukan itu sejak memenangi trofi Piala Konfederasi tahun lalu.

Ketika menewaskan Sepanyol 3-0 pada final kejohanan itu, Luiz Gustavo dan Paulinho turut membantu benteng pertahanan manakala Oscar memainkan peranan penting di posisi tengah.

Ketiga-tiga pemain itu diturunkan ketika Brazil menewaskan Serbia 1-0 pada aksi pemanas badan terakhir, Jumaat lalu.

Mereka juga diberi peranan yang lebih besar sepanjang menyertai kem latihan pasukan di Teresopolis iaitu kira-kira 100 kilometer dari Rio de Janeiro.

Situasi itu memberikan gambaran yang jelas bahawa ketiga-tiga pemain ini akan ditampilkan sekali lagi pada aksi sulung menentang Croatia. - Agensi
RUJUKAN-

No comments:

Post a Comment