CUIABA - Selepas menang bergaya
ketika menumpaskan Australia dalam perlawanan menarik semalam, Chile kini
optimis untuk berhadapan dengan juara bertahan, Sepanyol (pada 19 Jun waktu
Malaysia).
Kejayaan Chile dalam perlawanan
pertama mereka ketika menewaskan Socceroos 3-1 turut menyaksikan kekalahan
mengejut Sepanyol di tangan Belanda sekaligus memberi harapan kepada mereka
untuk menumpaskan skuad Vicente del Bosque pada Khamis depan di Maracana.
Bagaimanapun jurulatih Chile,
Jorge Sampaoli menegaskan, pemainnya perlu menggandakan usaha untuk berhadapan
dengan lawan seterusnya yang terdesak mempertahankan gelaran juara Piala Dunia.
Sepanyol mempunyai sejarah
yang bagus namun kami yakin untuk bermain dengan lebih baik berbanding hari
ini.
Ketika menentang Belanda
mereka (Sepanyol) kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa dengan serangan yang
dilakukan oleh Belanda namun saya tidak fikir kekalahan itu akan mematahkan
semangat Sepanyol.
Perlu ingat, Sepanyol tumpas
ketika menentang Switzerland pada perlawanan pertama mereka empat tahun
lalu," kata pengendali dari Argentina itu.
Chile bermula dengan cemerlang
apabila bintang Barcelona, Alexis Sanchez menjaringkan gol pada minit ke-12
sebelum Jorge Valdivia menambah jaringan kedua mereka selang dua minit
kemudian.
Tim Cahill meletakkan Australia
kembali bersaing apabila mengurangkan defisit gol menerusi tandukan pada minit
ke-35, sebelum pemain tengah Wigan Atheletic, Jean Beausejour menjaringkan gol
pada minit terakhir.
Alexis sememangnya pemain yang
hebat dan saya gembira kerana dia beraksi dengan cemerlang.
Kami mempunyai persefahaman
ketika melakukan serangan terutamanya Alexis menjadi titik fokus dan kami mula
mencipta beberapa peluang. Selepas Australia menjaringkan gol mereka kemi kehilangan
sedikit momentum kerana kecewa dengan jaringan tersebut.
Kami tidak beraksi pada tahap
yang optimum dan selepas ini akan berhadapan dua pasukan yang berkaliber
semestinya kami akan memberi persembahan yang terbaik," katanya.
Antara punca corak permainan
Chile sedikit terganggu apabila tahap kecergasan pemain tengah Juventus, Arturo
Vidal berada di tahap kurang memuaskan.
Tahap kecergasan Vidal nyata
belum memuaskan apabila terpaksa dikeluarkan kerana pemain itu melakukan
pebedahan selepas menghadapi radang di lututnya pada bulan lalu.
Sementara itu, jurulatih
Mexico, Miguel Herrera berikrar pasukannya akan berjuang habis-habisan untuk
membalas budi penyokong pasukan itu yang menurutnya, sanggup menjual rumah,
dan menggadai pakaian nenek mereka untuk datang ke Brazil".
Pasukannya mengalahkan Cameroon
1-0 dalam perlawanan yang terganggu oleh hujan lebat di Stadium Estadio das
Dunas di Natal, melalui jaringan Oribe Peraltan pada separuh masa kedua.
Mexico seterusnya akan
menentang Brazil, yang menewaskan Croatia 3-1 dalam perlawanan pembukaan, dan
mereka yakin mampu merebut salah satu daripada dua kedudukan teratas dalam
kumpulan itu.
Herrera yang dengan berani
mengisytiharkan hasrat Mexico untuk menjuarai Piala Dunia dan melakar sejarah
menyatakan rasa puas hatinya terhadap prestasi para pemainnya dalam perlawanan
menentang Cameroon.
Menurutnya, sebahagian daripada
kejayaan itu diperoleh menerusi sokongan padu penyokong Mexico yang membakar
semangat pasukannya untuk meneruskan kemaraan.
Sokongan terhadap pasukan
adalah amat bagus dan menerusi pemerhatian saya, terdapat beribu-ribu penyokong
yang hadir ke stadium dalam perlawanan tadi.
Mereka membuatkan kami berasa
seperti sedang bermain dalam stadium sendiri di Mexico City dan pastinya
pasukan ini akan berusaha untuk membalas jasa baik mereka yang memberikan
sokongan yang amat berharga buat kami," katanya.
Mexico boleh berasa lega kerana
menang setelah dua jaringan mereka pada babak pertama perlawanan oleh Giovani
Dos Santos tidak disahkan oleh pengadil yang mengatakan dia berada dalam
keadaan ofsaid, keputusan yang dipertikaikan kesahihannya.
Sementara itu, jurulatih
Cameroon, Volker Finke dari Jerman yang terpaksa berhadapan dengan masalah
bayaran bonus kepada pemain sebelum bermulanya Piala Dunia 2014, dengan cekap
mengelak memberi sebarang komen terhadap keputusan pengadil.
Kami masih memiliki baki dua
perlawanan penting lagi dan harus menang kesemuanya untuk memastikan kemaraan
ke peringkat 16 terakhir.
Kini, tinggal lima hari sahaja
lagi untuk kami membuat persediaan bagi menghadapi perlawanan seterusnya yang
dilihat amat penting untuk kempen Piala Dunia kami," katanya. - AFP
RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140615/sl_05/Chile-Mexico-menang-mudah#ixzz34eqde6IY
-© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment