Felda United FC, Pahang bertemu di final
WARTAWAN SINAR HARIAN
WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Jun 2014
Felda United FC, Pahang bertemu
di final
FELDA United FC mencipta
sejarah mara ke pentas final Piala FA buat pertama kali apabila berjaya
menyingkirkan juara bertahan Kelantan dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium
Shah Alam, malam tadi.
Pada pertemuan itu, kedua
pasukan mencatat keputusan seri 2-2 namun kelebihan berpihak kepada anak buah
Irfan Bakti Abu Salim selepas mengikat The Red Warriors 3-3 dalam pertembungan
pertama di Kota Bharu, 6 Mei lalu.
The Fighters yang turun selaku
pasukan underdog terlebih dahulu mengejutkan TRW menerusi gol pertama Indra Putra
Mahayuddin m-20.
Tersentak dengan gol awal tuan
rumah, Kelantan kembali menyusun permainan dan berjaya menyamakan kedudukan
hasil jaringan Khairul Izuan Rosli m-29.
Gol tersebut menyuntik semangat
Kelantan dan lima minit selepas itu skuad kendalian George Boateng memperoleh
jaringan kedua yang disempurnakan Forkey Doe.
Ketika perlawanan menuju masa
rehat, Felda kembali menggamatkan stadium apabila import Liberia, Edward Junior
Wilson bijak melambungkan bola menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi
Che Mat untuk mengikat kedudukan 2-2.
Keputusan agregat 5-5 beri
kelebihan buat Felda bertemu Pahang pada perlawanan akhir 7 Jun nanti.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
1.6.14.2014
No comments:
Post a Comment