STEVEN Gerrard mengawal bola
sewaktu menjalani latihan ringan di kem latihan England di Rio de Janeiro
kelmarin. - AFP
RIO DE JANEIRO - Ketua pasukan
England, Steven Gerrard hanya menjalani sesi latihan ringan semalam kerana
mengalami masalah ketegangan kecil di pangkal paha.
Gerrard, 34, hanya melakukan
beberapa siri larian di kem latihan di pangkalan tentera Urca di Rio de Janeiro
sebagai persediaannya menempuhi jadual perlawanan akan datang.
Pemain tengah Liverpool itu
dibelenggu kecederaan kecil pada akhir kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.
Bagaimanapun, kakitangan skuad
Three Lions berkata, ia merupakan masalah ringan dan tidak perlu meragui tahap
prestasi Gerrard yang bakal menentang Itali dalam perlawanan pertama Kumpulan D
Sabtu ini.
Gerrard beraksi ketika England
terikat 1-1 dengan Honduras Sabtu lalu.
Dalam masa sama, kakitangan
England juga berusaha memulihkan keadaan Alex Oxlade-Chamberlain yang cedera
ligamen lutut ketika menentang Ecuador minggu lepas.
Pemain Arsenal berusia 20 tahun
itu dilihat melakukan latihan larian pecut dan lututnya bersarung pendakap.
Oxlade-Chamberlain
berkemungkinan tidak akan disenaraikan dalam kesebelasan utama England untuk
perlawanan peringkat Kumpulan D menentang Itali, Uruguay dan Costa Rica. - AFP
RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140611/sl_07/Gerrard-hanya-jalani-latihan-ringan#ixzz34NRzv4on
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment