Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
PENGADIL mengarahkan Rangel
(kiri) keluar padang selepas dilayang kad merah pada aksi menentang Terengganu
di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.
PERSATUAN Bola Sepak Selangor
(FAS) bersedia untuk menilai insiden kad merah yang dilayangkan kepada
penyerang pasukan itu, Paulo Rangel ketika Selangor menewaskan Terengganu 4-1
pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin.
Bagaimanapun, FAS mahu merujuk
kepada jawatankuasa pengadil persatuan terlebih dahulu sebelum mengemukakan
rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pada aksi itu, bintang Brazil
tersebut dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abdul Wahab selepas
Rangel didakwa mengasari pemain skuad Penyu, Mazlizam Mohamad pada masa
kecederaan babak pertama perlawanan.
Kontroversi mula tercetus
apabila Rangel tidak berpuas hati sebaik pengadil keempat perlawanan, Mohd.
Kamil Yusof berbincang dengan Nafeez sebelum melayangkan kad merah kepadanya.
Bagaimanapun, jaringan yang
dilakukan oleh Rangel pada masa kecederaan itu tetap dikira tetapi bekas pemain
Perak tersebut diarahkan meninggalkan padang pada aksi separuh masa pertama.
Setiausaha Agung FAS, Rosman
Mohd. Ibrahim memberitahu, pihaknya tidak mahu membuat penilaian terburu-buru
tanpa menyaksikan kembali ulang tayang insiden tersebut.
“Saya tidak boleh buat
penilaian tanpa merujuk ulang tayang rakaman (mengenai insiden kad merah
Rangel) tetapi apa yang pasti, kami akan merujuk kepada Jawatankuasa Pengadil
FAS terlebih dahulu.
“Kami akan berbincang sama ada
kesalahan Rangel itu setimpal dengan kesannya (kad merah). Jika benar, FAS akan
akur dengan hukuman yang diterima oleh Rangel.
“Namun, jika kami mendapati
insiden itu hanya membenarkan Rangel hanya mengutip kad kuning, FAS akan
membuat rayuan kepada FAM supaya menarik balik kad merah dan hanya memberikan
kad kuning kepada Rangel,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pasukan bimbingan Mehmet
Durakovic itu kini mengunguli carta Liga Super dengan kelebihan 37 mata.
RUJUKAN-
http://www.kosmo.com.my/kosmo 12.6.14
No comments:
Post a Comment