Ad

Saturday, 14 June 2014

Johor DT rampas takhta

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) berjaya merampas takhta Liga Super apabila menundukkan Terengganu 4-3 pada saingan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, malam tadi.

Ketinggalan pada awal babak saingan ketika menentang Terengganu, Johor DT bagaimanapun garang merempuh benteng Terengganu dengan penyerang berbisa, Jorge Diaz mencatat nama sebagai penjaring hatrik. 
Kemenangan itu membolehkan Johor DT menduduki persada liga apabila Selangor gagal mengambil kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila tumpas 0-2 kepada ATM dalam satu lagi aksi Liga Super malam tadi.Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada anak buah Abd Rahman Ibrahim kerana berjaya mempamerkan persembahan bertenaga apabila meledak dua gol awal menerusi Moustapha Dabo pada minit ketiga disusuli jaringan Farhan Muhamad, m-13.


Tersentak dengan tamparan skuad Penyu itu, Johor DT mengejar melalui gol Diaz pada m-21 sebelum sensasi Harimau Selatan itu membolosi gawang lawan buat kali kedua untuk menyamakan kedudukan pada m-36 disusuli jaringan Mahali Jasuli pada m-44.
 Aksi cemerlang Johor DT itu membuatkan skuad Penyu kecewa lagi apabila gawang mereka dirobek buat kali keempat untuk jaringan hatrik Diaz pada m-53.
 Foto
DIAZ (kiri) ledak hatrik.

Berada selesa di depan, ketika perlawanan berbaki 10 minit, penyokong tuan rumah bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pasukan pelawat pada m-83 melalui Vincent Bikana.


Beraksi pada masa kecederaan, Johor DT mula menerima asakan skuad Penyu yang tidak mahu mengalah, namun wisel penamat pengadil Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim menguburkan impian pasukan pelawat itu.


Artikel ini disiarkan MY METRO pada : 2014/06/14

No comments:

Post a Comment