ROONEY (dua dari kiri) dan
rakan-rakan sepasukan mendengar arahan jurulatih England, Roy Hodgson pada sesi
latihan di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.
LONDON - Bekas kapten England,
David Beckham mengakui bahawa kehadiran Wayne Rooney pada kempen Piala Dunia
2014 sangat penting.
Beckham berkata, khidmat
penyerang sensasi Manchester United itu sangat diperlukan terutamanya dalam
usaha menakutkan pemain-pemain lawan.
Bagaimanapun, pelbagai keraguan
tercetus selepas pemain berusia 28 tahun itu masih gagal untuk menjaringkan gol
sepanjang dua penampilan pada kempen Piala Dunia 2006 dan 2010.
"Jika dia tidak
menjaringkan gol, dia akan membantu atau merancang serta bekerja keras untuk
pasukan.
"Saya rasa, apabila
pasukan lawan melihat Rooney berada di atas padang, ia akan menakutkan
mereka," ujar Beckham.
Sementara itu, Rooney yang
menjaringkan 39 gol sepanjang 91 penampilan di pentas antarabangsa telah
menyertai skuad England untuk membuat persiapan bagi menghadapi kempen Piala
Dunia 2014 lebih daripada sebulan meskipun dia mengalami kecederaan pangkal
paha.
Beckham yakin keputusan untuk
menampilkan Rooney pada kempen kali ini merupakan satu langkah yang bijak
meskipun dia menghadapi kesukaran di United.
Beckham yang juga bekas rakan
pasukan Rooney di United mengeluarkan kenyataan itu selepas Paul Scholes
mempersoalkan kehebatan penyerang itu.
"Saya selalu mahukan Wazza
(Rooney) kembali kerana saya merasakan dia seorang pemain yang baik untuk
England.
"Dia selalu memberikan
yang terbaik buat England dan saya rasa peminat menyedarinya dan dia antara
yang menyinar di United musim ini.
"Rooney juga seorang
penjaring gol yang bekerja keras untuk pasukan dan itu merupakan corak
perlawanan yang sering dipamerkan," kata Beckham.
England akan bertemu Itali pada
saingan Kumpulan D, Ahad ini sebelum menentang Uruguay dan Costa Rica. - Agensi
RUJUKAN
http://www.kosmo.com.my/kosmo.11.6.11
No comments:
Post a Comment