WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Jun 2014
Krisis England
HAJAT juara edisi 1966, England
mahu meratah pasukan Itali pada aksi pembukaan Kumpulan D pada Ahad ini mungkin
tidak kesampaian kerana beberapa pemainnya dihantui krisis kecederaan.
Penyerangnya, Danny Welbeck
alami kecederaan pada bahagian kaki ketika sesi latihan manakala Wayne Rooney
bergelut dengan prestasi apabila belum meledak gol dalam lapan penampilan di
Piala Dunia sejak 2006.
The Three Lions turut
kehilangan Alex Oxlade-Chamberlain akibat cedera lutut sekali gus memberikan
tamparan cukup hebat kepada pengendalinya, Roy Hodgson bagi mengharungi kempen
piala dunia kali ini.
Kapten pasukan, Steven Gerrard
dilaporkan turut berdepan krisis kecederaan apabila cedera pangkal paha, namun
segera dinafikan Hodgson.
Terbaharu, bintang Arsenal,
Jack Wilshere mungkin tidak berada dalam kesebelasan utama kerana belum
menunjukkan kemampuan terbaik untuk memikat hati staf kejurulatihan.
Seperkara yang membelenggu kem
England adalah perlu beraksi cuaca panas dengan suhu mencecah 40 darjah celcius
pada waktu tengah hari di Arena Amazonia di Manaus.
No comments:
Post a Comment