Pada hari ini dalam tahun 1946,
atas usaha Persatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn Jaafar, satu persidangan
Persatuan-persatuan Melayu telah diadakan pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan
Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Persidangan bersejarah tersebut yang
dinamakaan sebagai Kongres Melayu Se-Malaya telah dihadiri oleh 107 orang
perwakilan dan 56 orang pemerhati rasmi dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh
Tanah Melayu termasuk Singapura. Beribu-ribu orang juga turut membanjiri padang
Kelab tersebut bagi mengikuti perbincangan yang akan menetukan nasib orang
Melayu tersebut. Kongres ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan
Hisamuddin Alam Shah dan dipengerusikan oleh Dato’ Onn Jaafar. Tujuan utama
Kongres ini diadakan adalah untuk menyatupadukan orang Melayu bagi menentang
Malayan Union yang akan ditubuhkan pada 1 April 1946. Sesungguhnya, Kongres ini
telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dan kemerdekaan di kalangan
masyarakat kerana melalui Kongres ini, orang Melayu telah dapat disatukan
melalui suatu pertubuhan yang dinamakan sebagai ‘Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu’ atau ‘United Malays National Organisation’ (UMNO) dan seterusnya dapat
menggagalkan penubuhan Malayan Malayan oleh British.
SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment