ZAZALI
JAMIAN |
01 Mac 2016 12:48 AM
KUALA LUMPUR –
Pertembungan penuh memori di antara dua pasukan teratas Liga Super iaitu Felda
United selaku pendahulu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi aksi
tumpuan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Memori suku
akhir Piala Malaysia musim lalu pasti membayangi perlawanan tersebut, yang
menyaksikan The Fighters meleburkan rekod tanpa kalah JDT selama dua tahun di
laman sendiri dengan keputusan 2-1.
Kapten Felda,
Shukor Adan berkata, dia dan rakan-rakan sepasukan menaruh kepercayaan penuh
kepada Ketua Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim untuk merencanakan strategi terbaik
bagi menghadapi juara Piala AFC.
“Sebagai ketua
pasukan, saya mengharapkan rakan-rakan sepasukan beraksi tanpa tekanan.
“Tugas kita
adalah bermain seperti mana yang diarahkan jurulatih. Kami perlu sentiasa
memperbaiki kelemahan dari masa ke semasa itu yang menjadi keutamaan.
“Sudah pasti
jurulatih mempunyai perancangan sendiri, dan tugas kami sebagai pemain adalah
memberikan aksi terbaik,” kata tonggak berpengalaman itu.
Dalam pada itu,
Selangor yang akan beraksi di depan penyokong sendiri buat kali pertama musim
ini turut menjadi tumpuan utama peminat bola sepak tempatan malam ini.
Red Giants,
yang kini menduduki tangga ketiga dengan berkongsi tujuh mata bersama JDT dijadual
menentang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Anak-anak buah
Zainal Abidin Hassan tidak boleh keciciran mataseandainya mahu berada di tangga
teratas liga minggu ini.
Bagaimanapun,
Red Giants tidak boleh memandang mudah cabaran Sarawak kerana pasukan yang
sedang bergelut dengan prestasi itu semasa mampu melakar kejutan.
Untuk rekod
Sarawak yang berada di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Datuk
K.Rajagopal belum mencatat sebarang kemenangan selepas tiga perlawanan.
Aksi lain yang
turut menjadi tumpuan ialah naib juara Piala Malaysia, Kedah melayan kunjungan
Kelantan di Stadium Darul Aman, manakala Pulau Pinang bertemu Perak di Stadium
Bandaraya.
Terengganu pula
berdepan PDRM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Pahang akan melayan
kunjungan Terengganu di Stadium Darul Makmur.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/the-fighters-8232-turun-tanpa-gentar-1.195673#sthash.WSzMwoTD.dpuf
No comments:
Post a Comment