02 Mac 2016
2:28 AM
KUALA LUMPUR 1
Mac - Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein diangkat
sebagai Tokoh Negarawan Ulung dalam penganugerahan Utusan Business Awards 2015
yang diadakan buat julung kalinya oleh Kumpulan Utusan.
Anugerah
tersebut diberikan kepada Bapa Pembangunan itu bagi menghargai sumbangan besar
beliau kepada pembangunan negara sehingga ke akhir hayatnya.
Penganugerahan
itu disampaikan kepada isteri beliau, Tun Rahah Mohammad Noah oleh Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berkenan hadir merasmikan majlis
anugerah berprestij itu.
Dedikasi
kepimpinan dan khidmat bakti Allahyarham Tun Abdul Razak telah mula dizahirkan
kepada negara selepas beliau diangkat sebagai Perdana Menteri pada tahun 1970.
Sebaik
mengangkat sumpah jawatan itu, Allahyarham bertindak merencanakan pembangunan
Malaysia dan tiada apa pun yang mampu melemahkan jiwa beliau untuk mencurahkan
bakti kepada negara.
Jika tiada
jalan darat, berkereta api beliau sanggup melakukannya, bersampan pula tidak
asing baginya jika tiada kereta.
Beliau mencatat
sejarah apabila merintis hubungan diplomatik dengan China, mengukuhkan hubungan
dengan Rusia, Asia Barat dan Amerika Syarikat (AS).
Sungguh pun
telah tiada, legasinya kekal hingga kini. Antaranya rancangan Buku Hijau,
penubuhan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Felda, Majlis Amanah Rakyat
(Mara) dan beberapa lagi agensi yang terangkum di bawah Dasar Ekonomi Baru
(DEB).
DEB berjaya
menangani cabaran ekonomi, politik dan keselamatan negara pada waktu itu sekali
gus membawa kesejahteraan kepada semua kaum.
Hasil
perkongsian hidup dengan Rahah, negarawan ‘arkitek’ pembangunan Malaysia itu
dikurniakan lima orang putera dan putera sulungnya kini merupakan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada majlis
anugerah itu, Rahah diiringi anaknya, Datuk Ahmad Johari Tun Razak; cucu
beliau, Datuk Mohd. Nizar Najib dan Datuk Mohd. Nazifuddin Najib; anak saudara
beliau, Datin Paduka Dr. Faridah Abdullah serta pengawal peribadi keluarganya,
Datuk Idris Shaari Mat Aris.
Selain anugerah
utama itu, Utusan Business Awards 2015 turut memberikan tiga Anugerah Sepanjang
Hayat; 17 Anugerah Kecemerlangan Industri dan 10 Anugerah Kepimpinan Cemerlang
sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan kepada syarikat dan individu di atas
pencapaian serta sumbangan mereka dalam industri masing-masing dalam
pembangunan ekonomi Malaysia.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tun-razak-tokoh-negarawan-ulung-1.196166#sthash.5yc9BjP4.dpuf
No comments:
Post a Comment