02 Mac 2016
6:07 PM
FILEM Ola Bola
mengambil inspirasi kejayaan pasukan kebangsaan
FILEM Ola Bola
mengambil inspirasi kejayaan pasukan kebangsaan melayakkan diri ke Sukan
Olimpik Rusia 1980. Foto pasukan kebangsaan yang dibarisi oleh pemain-pemain
terkenal seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun, R. Arumugam, James Wong dan
Hassan Sani.
SEMALAM saya
membaca kenyataan akhbar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung
usaha bekas pemain bola sepak kebangsaan untuk menyaman penerbit filem Ola Bola
kerana mendakwa fakta sebenar mengenai pasukan kebangsaan di era 80an itu telah
ditukar.
Saya amat
bersetuju dengan pendirian Khairy dalam isu tersebut kerana garapan dalam filem
berkenaan tidak semestinya 100 peratus berdasarkan plot yang berlaku ketika
pasukan bola sepak negara layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.
Sebagai sebuah
filem sudah tentu penerbit dan pengarah filem berkenaan akan mencantikkan jalan
ceritanya melalui barisan pelakonnya supaya dapat menarik penonton selepas
ditayangkan di pawagam.
Cuma dalam
filem ini, pihak penerbit telah mengambil inspirasi kejayaan Malaysia itu sebagai
cerita utama terutama dalam usaha memartabatkan semula sukan bola sepak negara
yang semakin hari semakin merosot.
Mungkin melalui
penayangan filem seperti itu akan menaikkan semula semangat pasukan negara
sedia ada dalam usaha memperbaiki kedudukan khususnya di ranking dunia.
Untuk rekod,
Malaysia kini berada pada kedudukan 171 dengan berdasarkan senarai terbaharu
yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Oleh itu
sebagai peminat bola sepak negara, pertikaian yang berlaku ini harus dihentikan
kerana kita mempunyai matlamat paling penting iaitu memartabatkan semula sukan
bola sepak tanah air. Pertikaian ini hanya akan mendatangkan kerugian.
Pertikaian ini
juga tidak ke mana sebaliknya hanya akan membantutkan rancangan untuk
meletakkan sukan bola sepak negara di kedudukan yang sepatutnya. Dari segi Liga
Super, kemeriahannya sudah cukup dirasai cuma masalahnya kita adalah pencapaian
pasukan bola sepak kebangsaan di pertandingan antarabangsa.
Pasukan bola
sepak kebangsaan kita sehingga kini gagal memberi satu kejayaan untuk
dihadiahkan kepada peminat-peminat bola sepak negara sedangkan bola sepak
negara dalam era 70an dan 80an amat digeruni
Sungguhpun
begitu saya berpendapat tiada salahnya juga jika pihak penerbit filem Ola Bola
memberi satu bentuk penghargaan kepada 20 pemain kebangsaan dan jurulatih yang
terlibat pasukan Malaysia yang layak ke dengan kejayaan membawa Malaysia Sukan
Olimpik 1980 di Moscow.
Kejayaan yang
mereka berjaya mereka lakarkan itu telah meninggalkan memori yang cukup indah
buat peminat-peminat bola sepak negara. Disebabkan kejayaan ini timbullah
cetusan ilham menghasilkan filem Ola Bola.
KHALISYA
Seri Sendayan,
Seremban
- sumber:
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/ola-bola-usah-bertelingkah-1.196102#sthash.i3lFM3K6.dpuf
No comments:
Post a Comment