ARKIB : 28/05/1998
DR. MAHATHIR Mohamad berbincang dengan Setiausaha Agung Komanwel, Chief Ameka Anyaoku di Pejabat Perdana Menteri, Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Bernama.
KUALA LUMPUR 27 Mei - Setiausaha Agung Komanwel, Chief Emeka Anyaoku hari ini mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di pejabatnya di sini.
Anyaoku, yang berada di sini untuk menghadiri upacara pembukaan mesyuarat Menteri-Menteri Belia Komanwel malam ini, menghabiskan masa hampir satu jam berbincang dengan Perdana Menteri.
Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mewakili Dr. Mahathir merasmikan mesyuarat tiga hari itu. - Bernama.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_02.htm#ixzz4JrsXRbM6
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment