FAHMI (kanan) memeriksa pasport perjalanan ke Solo.
Kuala Lumpur: Jurulatih penjaga gol negara, Yong Wai Hwang mengakui pening memikirkan calon paling layak untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika menentang Indonesia pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Manahan, Solo, esok.
Menurutnya, aksi tiga penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Khairul Azhan Khalid (Selangor) dan Hafizul Hakim (Perak) sepanjang sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) cukup baik sekali gus menyukarkannya memilih siapakah yang layak untuk diturunkan nanti.
Katanya, biarpun Khairul Fahmi memiliki pengalaman luas kerana sudah lama bersama skuad kebangsaan, kebolehan dan kesungguhan dua lagi penjaga gol tidak bo
leh diketepikan begitu saja.
“Seperti biasa Khairul Fahmi menunjukkan kematangan selaku pemain senior dalam pasukan. Dia sudah serasi dengan corak latihan saya selama ini.
“Namun, Khairul Azhan dan Hafizul juga memberi saingan sihat kepada Khairul Fahmi. Biarpun kedua-duanya tidak mempunyai pengalaman luas, saya terpikat dengan komitmen dan disiplin tinggi mereka.
“Ini akan bagi masalah utama kepada saya untuk memilih. Namun memandangkan aksi ini adalah pertemuan persahabatan, mungkin saya akan beri peluang kepada ketiga-tiganya untuk beraksi,” katanya kepada Arena Metro, semalam.
Jelasnya lagi, ada dua kriteria penting dititik beratkan sebelum memilih calon paling layak untuk mengawal gawang negara daripada dibolosi.
“Ada pelbagai aspek akan dilihat, namun saya lebih gemar kepada elemen ketenangan yang ada pada seseorang penjaga gol. Selain itu, karakter juga penting tapi saya akui mereka bertiga memiliki karakter positif,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 9:29 AM
No comments:
Post a Comment