Ad

Saturday, 12 June 2021

Kapten Denmark hero sebenar selamatkan Eriksen

Agensi



KJAER (tengah) kekal di sisi Eriksen ketika pasukan perubatan merawat rakan sepasukannya itu. FOTO AFP

Copenhagen: Simon Kjaer wira sebenar ketika Christian Eriksen rebah pada pertemuan dengan Finland di saingan Euro 2020 hari ini.

Dia adalah pemain pertama yang membantu melakukan rawatan awal ke atas Eriksen untuk memastikan terus bernafas dan melindunginya daripada mengalami situasi lebih buruk.

Kjaer juga tidak berganjak ketika pasukan perubatan merawat rakan sepasukannya itu selain menenangkan isteri Eriksen.

Kapten Denmark itu nyata tenang dalam melalui situasi genting yang hampir-hampir meragut nyawa rakan sepasukannya itu.

Sebelum doktor tiba, Kjaer memastikan Eriksen tidak dikerumuni dan mula melakukan proses CPR, prosedur asas jika seseorang itu didapati mengalami serangan jantung.

Pakar kardiologi NHS, Dr Scott Murray mengesahkan apa yang dilakukan Kjaer itu adalah prosedur sebenar dan menyifatkan Eriksen bertuah kerana mempunyai individu sekeliling yang dapat membantunya.

"Kita bertuah kerana pemain di atas padang tahu apa yang perlu dilakukan.

"Meletakkannya di kedudukan betul dan memastikan dia tidak tercekik dan kemudian memanggil pasukan perubatan," katanya.

Kjaer juga mengarahkan rakan sepasukan lain membentuk formasi seperti tembok untuk menghalang kamera daripada merakam situasi Eriksen.

Disiarkan pada: Jun 13, 2021 @ 8:00am

No comments:

Post a Comment