Ad

Wednesday, 16 June 2021

Kesudian Tunku Ismail satu ‘rahmat’

 SUKAN



SATHINATHAN menyifatkan kesudian Tunku Ismail untuk menjadi pengurus skuad Harimau Malaya sebagai rahmat kepada sukan bola sepak tanah air.

Kesudian Tunku Ismail satu ‘rahmat’

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

16 Jun 2021, 10:10 am

TAWARAN pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menguruskan skuad Harimau Malaya boleh dianggap sebagai satu ‘rahmat’ kepada bola sepak tanah air.

Bekas ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, B. Sathiananthan percaya apa yang Tunku Ismail atau lebih mesra dengan gelaran Tunku Mahkota Johor (TMJ) hujahkan di laman instagram peribadinya kelmarin sebagai tindakan berani dan tepat.

Pujian wajar diberikan kepada TMJ kerana kita tahu baginda memiliki visi serta misi yang selalu membuahkan hasil dan ia terbukti dengan kejayaan membimbing pasukan JDT sehingga tersohor sekarang.

Saya harap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) sudi berbincang duduk semeja dengan TMJ untuk melihat bagaimana boleh membawa pa­sukan negara ke tahap yang lebih baik.

Ini adalah ikhtiar TMJ dan kita harus hormati kerana mungkin baginda sudah mengkaji sepenuhnya dengan idea yang lebih baik sekiranya menjadi Supremo skuad kebangsaan pada masa depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Akhbar Kosmo! semalam telah melaporkan TMJ bersedia untuk menerajui skuad Harimau Malaya jika diberi peluang. Ia susulan pasukan kebangsaan dikritik hebat kerana prestasi hambar pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Sementara itu, Sathiananthan juga percaya peminat tidak boleh samakan situasi TMJ ketika bergelar Presiden FAM pada 2017 hingga 2018 sekiranya benar dilantik menguruskan skuad Harimau Malaya nanti.

Secara peribadi, saya anggap ketika TMJ bergelar Presiden FAM, tanggungjawabnya hanya mengambil tahu hal ehwal persatuan dan ahli gabungan sekali gus tidak meliputi skuad kebangsaan.

Namun, berdasarkan apa yang diminta, situasi agak berbeza kerana ketika ini beliau hanya mahukan tugas selaku supremo skuad Harimau Malaya dengan memberi tumpuan buat pasukan semata-mata.“Cuma, saya harap jika TMJ benar-benar menjadi pengurus skuad negara nanti, peminat perlu memberi masa selain meletakkan sasaran realistik kerana ­kejayaan tidak akan datang dalam masa yang singkat,” katanya.

No comments:

Post a Comment