Ad

Wednesday, 16 June 2021

Pogba alih minuman keras penaja



PAUL Pogba mengalihkan botol minuman keras penaja Euro 2020 dalam sidang akhbar semalam.

Oleh Meja Sukan

16 Jun 2021, 10:24 pm

MUNICH: Paul Pogba menjadi pemain terbaharu menimbulkan rasa tidak senang penaja Euro 2020 apabila mengalihkan botol bir Heineken yang diletakkan di depannya ketika menghadiri sidang akhbar semalam.

Bintang tengah Perancis itu yang beragama Islam mengalihkan botol berkenaan ketika dibawa memasuk ke bilik akhbar selepas muncul pemain terbaik perlawanan yang menyaksikan pasukannya menewaskan Jerman 1-0.

Perkara tersebut berlaku hanya sehari selepas penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo bertindak mengalihkan botol minuman Coca-Cola yang berada di depannya ketika menghadiri sidang akhbar sebelum pertemuan menentang Hungary.

Tindakan Ronaldo, 36, yang amat mementingkan kesihatan, malah menjerit ‘aqua!’ atau minum air! menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian sehingga AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Akibat insiden tersebut, harga saham Coca-Cola jatuh daripada AS$56.10 (RM231.08) kepada AS$55.22 (RM227.45 sen), malah perbuatannya dianggap menghina penaja.

Bagi Pogba pula, memandangkan pengambilan alkohol adalah haram dan dilarang di dalam Islam, dia mungkin mengalihkan botol minuman tersebut dengan niat enggan menyokong penaja. – AGENSI

No comments:

Post a Comment