Ad

Sunday, 13 June 2021

Mbappe malas nak cari gaduh

AFP



MBAPPE (tengah) ketika sesi latihan skuad Perancis. FOTO AFP

Paris: Kylian Mbappe mengakui dia terkesan dengan komen orang ramai terhadapnya susulan kritikan dilemparkan rakan sepasukannya, Olivier Giroud selepas perlawanan persahabatan dengan Bulgaria.

Bagaimanapun pemain berstatus bintang itu berkata, dia tidak mahu ia mengganggu tumpuannya bersama Perancis di Euro 2020.

Hubungan tegang kedua-dua pemain itu tercetus selepas Giroud mengadu tidak kerap menerima bola ketika Perancis melakar kemenangan 3-0 ke atas Bulgaria yang menyaksikannya meledak dua gol.

"Saya agak terganggu dengan isu itu tetapi kami tidak mahu memperbesarkan lagi cerita ini," kata Mbappe pada sesi latihan di Clairefontaine.

"Kami di sini mewakili Perancis dan perkara paling penting ketika ini adalah tugas bersama skuad kebangsaan. Kami akan berdepan perlawanan yang besar dan perkara seperti ini tidak akan mengganggu persiapan kami."

Mbappe, penjaring terbanyak Ligue 1 musim lalu dengan 27 gol mendedahkan dia mahu menjelaskan perkara itu lebih awal pada minggu ini tetapi tidak dibenarkan oleh jurulatihnya, Didier Deschamps.

"Saya mahu hadir pada sidang media Khamis lalu untuk menjelaskan perkara sebenar. Selepas bercakap dengan jurulatih, dia beritahu ia bukanlah masa terbaik," kata pemain berusia 22 tahun itu.

Bintang Paris Saint-Germain itu berkata, bukan kenyatan Giroud yang mengganggunya, sebaliknya reaksi orang ramai terhadapnya.

"Saya nampak dia di bilik persalinan. Saya mahu mengucapkan tahniah kepadanya kerana menjaringkan gol. Dia tidak berkata apa-apa kepada saya dan selepas itu barulah saya tahu perkara sebenar daripada media," katanya.

Disiarkan pada: Jun 14, 2021 @ 7:47am

No comments:

Post a Comment