AFP
Ads (0:00)
PEMAIN Brazil, Gabriel Jesus (kiri) dan pemain Venezuela, Yohan Cumana berebut mendapatkan bola. FOTO AFP
BrasÃlia: Penyerang sensasi Neymar meledak penalti dan mencipta gerakan gol kedua bagi membantu tuan rumah Brazil menang 3-0 ke atas Venezuela yang dilanda Covid-19 dalam aksi pembukaan Copa America pagi ini.
Pertahanan tengah Marquinhos membuka tirai jaringan pada babak pertama dan Gabriel mengesahkan kemenangan seminit sebelum tamat permainan.
Kejohanan terbesar di Amerika Selatan itu tertangguh setahun susulan pandemik dan terpaksa dipindahkan daripada penganjur asal Argentina dan Colombia.
Beraksi di Stadium Mane Garrincha yang kosong, Brazil tidak berdepan masalah menewaskan Venezuela yang kehilangan lapan pemain selepas positif koronavirus kelmarin memaksa mereka memanggil 15 pemain baharu.
Disiarkan pada: Jun 14, 2021 @ 7:37am
No comments:
Post a Comment