Ad

Sunday, 13 June 2021

Yakin boleh jaring gol sulung di Wembley - Sterling

AFP



PENYERANG England, Raheem Sterling jaringannya ketika memastikan kemenangan 1-0 ke atas Croatia di Stadium Wembley, hari ini. FOTO AFP

London: Raheem Sterling berkata, dia percaya akan menjaringkan gol sulung buat England dalam kejohanan utama apabila diberi peluang beraksi di Wembley dan ia dibuktikan dengan gol kemenangan 1-0 ke atas Croatia, hari ini.

Sterling membesar dengan dipayungi Stadium Wembley dan membalas kepercayaan Gareth Southgate menurunkannya dalam kesebelasan utama dengan menjarikan gol tunggal perlawanan pada minit ke-57.

"Saya selalu berkata, jika bermain di Wembley dalam kejohanan besar, saya akan menjaringkan gol. Saya menjaringkan gol di tempat sendiri dan berbangga kerana melakukannya."

Jaringan Sterling itu memastikan England menang perlawanan pembukaan Kejohanan Eropah buat kali pertama dalam 10 percubaan.

Pemain berusia 26 tahun itu terpaksa berebut tempat dalam kesebelasan utama dengan Jack Grealish dan Marcus Rashford selepas menamatkan musim kurang memberangsangkan dengan Manchester City.

"Terdapat perbezaan ketara kenapa saya tidak menjaringkan gol dengan kelab dan ia tidak lagi berlaku sekarang. Saya di sini bersama pasukan kebangsaan," kata Sterling yang membuat penampilan ke-13 dalam kejohanan besar.

"Ia adalah musim yang panjang buat saya dan saya tidak sabar untuk datang ke sini," katanya.

Disiarkan pada: Jun 13, 2021 @ 11:38pm

No comments:

Post a Comment