AFP
KAPTEN Macedonia Utara, Goran Pandev (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Austria, hari ini. FOTO EPA
Bucharest: Kapten Macedonia Utara, Goran Pandev muncul penjaring gol kedua tertua dalam sejarah Kejuaraan Eropah apabila menjaringkan gol pertama negaranya dalam kejohanan besar ketika menentang Austria, hari ini.
Berusia 37 tahun dan 321 hari, penyerang Genoa itu memanfaatkan kesilapan benteng Austria untuk menolak mudah gol penyamaan buat pasukannya pada perlawanan pembukaan Euro 2020 di Bucharest, selepas Stefan Lainer menjaringkan gol awal Austria.
Pemain Austria, Ivica Vastic adalah penjaring gol tertua dalam sejarah Euro apabila menjaringkan gol menentang Poland di Euro 2008 ketika berusia 38 tahun dan 257 hari.
Pandev yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Inter Milan pada 2010 adalah penjaring gol terbanyak negaranya dengan 38 gol iaitu 20 gol mengatasi rakan penyerang, Aleksandar Trajkovski.
Disiarkan pada: Jun 14, 2021 @ 1:40am
No comments:
Post a Comment