Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
PENYERANG negara, De Paula dikawal ketat pemain Vietnam. FOTO FAM
Kuala Lumpur: Selepas 'membahan' pengadil dari Jepun Ryuji Sato, kini giliran 'bawang rangers' Malaysia pula terkena perkara sama.
Ini kerana berlegar di media sosial terdapat pandangan sisi lain yang menunjukkan tonggak pasukan kebangsaan Brendan Gan sememangnya mengasari pemain Vietnam Nguyen Van Toan sebelum dihadiahkan sepakan penalti kepada skuad Naga Emas.
Malah, terdapat video dan gambar viral terutama di Facebook menggunakan nama Ryuji Sato menunjukkan Brendan memijak kaki pemain Vietnam sebelum terjatuh.
Walaupun tidak mengetahui bahawa benar atau tidak laman Facebook terbabit milik pengadil Jepun itu namun turut menjelaskan keputusan yang diambil berdasarkan pemerhatiannya yang jelas melihat Brendan mengasari pemain Vietnam di dalam kotak penalti Malaysia.
"Saya buat keputusan berdasarkan apa yang saya nampak, keputusan yang adil. Jangan membantah keputusan saya,"kata laman sosial yang menggunakan nama Ryuji Sato.
Terdahulu, laman Instagram milik Sato diserang 'bawang rangers' apabila tidak sampai sejam perlawanan Harimau Malaya menentang Vietnam berakhir dihujani beribu komen negatif.
Rata-rata penyokong Harimau Malaya tidak berpuas hati dengan pengadil terbabit menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika perlawanan berbaki 10 minit sekali gus menyebabkan pasukan kebangsaan gagal membawa pulang sebarang mata.
Sato adalah pengadil utama yang mengadili perlawanan Malaysia menentang Vietnam dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, malam tadi.
Laluan skuad Harimau Malaya untuk ke pusingan seterusnya seolah sudah tertutup apabila tewas 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Jelas sekali badi kekalahan kepada skuad Naga Emas menyaksikan pasukan negara kini berada di kedudukan keempat manakala Vietnam pula terus gah berada sebagai pendahulu kumpulan G.
Gawang Malaysia dibolosi menerusi penyerang Vietnam Nguyen Tien Linh manakal Que Ngoc Hai pula berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan oleh Sato.
Gol Malaysia pula disumbangkan pemain naturalisasi ketiga negara Guilherme De Paula menerusi sepakan penalti.
Disiarkan pada: Jun 12, 2021 @ 2:00pm
No comments:
Post a Comment