Ad

Saturday, 26 December 2020

'Lagi ramai bermain di Eropah, lagi bagus'

BERNAMA | | 20 Disember 2020




Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Azman Adnan ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Jenama Azman Adnan di Cheras hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Penyerang pasukan kebangsaan dan Selangor era 90-an Azman Adnan mencadangkan agar lebih ramai pemain muda tempatan, menanam keazaman untuk beraksi di luar negara sekali gus dapat meningkatkan prestasi skuad kebangsaan, di peringkat antarabangsa.
Bekas penyerang prolifik itu mengambil contoh jumlah pemain kebangsaan Jepun dan Korea Selatan, yang berjaya menembusi kancah liga utama Eropah, dan seterusnya pengalaman itu digunakan bagi membantu meningkatkan mutu permainan pasukan kebangsaan masing-masing, di pentas tertinggi dunia.
“Jadi kita cuba ambil satu langkah ke hadapan. Jika ada pemain kita berbakat, hantar (ke luar negara) kenapa tidak mencuba? Belum cuba belum tahu. Apa yang penting kita mencuba, sentiasa positif.
“Kita dapat lihat macam pasukan Jepun, berapa ramai pemain mereka beraksi di luar negara? Pemain (kebangsaan) Korea Selatan? Lagi ramai pemain muda bermain di Eropah, lagi bagus untuk pasukan kebangsaan,” katanya kepada pemberita, pada majlis pelancaran jenama produk pakaian Azman Adnan di sini pada Sabtu.
Ketika ini, hanya dua pemain muda negara penyerang Luqman Hakim Shamsudin, 19, dan Muhammad Safawi Rasid, 23, berjaya melebarkan sayap ke liga utama Eropah, sementara beberapa lagi pemain tempatan beraksi di liga negara Asia antaranya Jepun dan Thailand.
Luqman Hakim yang juga tonggak skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia pertama membuat penampilan di pentas liga utama Eropah, selepas menandatangani kontrak profesional lima tahun bersama kelab Belgium KV Kortrijk, pada Ogos lepas.
Sementara, Muhammad Safawi yang beraksi di posisi sayap untuk pasukan juara Liga Super 2020 Johor Darul Ta’zim (JDT), melengkapkan perpindahannya secara pinjaman ke pasukan liga utama Portugal, Portimonense SC pada Oktober lepas.
Azman, 49, berkata impak penglibatan pemain muda di luar negara kepada skuad kebangsaan itu akan lebih jelas, jika separuh daripada skuad dibarisi pemain bermain di luar negara.
“Bayangkan kalau ada lapan pemain negara beraksi di luar negara dan bila mereka balik (bermain dalam skuad kebangsaan) dengan pengalaman berbeza daripada apa di Liga-M (Liga-Malaysia),” katanya.
Malah, bekas ketua jurulatih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata, suasana serta pengalaman berbeza beraksi di luar negara, akan lebih mematangkan seseorang pemain. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/115656/BERITA/Sukan/Lagi-ramai-bermain-di-Eropah-lagi-bagus© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Bukan penamat karier Safawi

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 22 Disember 2020




Safawi menimba pengalaman berharga sejak menyertai kelab Portimonense SC pada Oktober lalu. - Foto Facebook Portimonense SC
PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan percaya pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai perancangan tersendiri dalam membentuk karier penyerang sensasi, Safawi Rasid.
Menurutnya, kepulangan Safawi yang tidak berpeluang membuat sebarang penampilan dengan skuad utama Portimonense SC bukanlah satu pengakhiran terhadap karier pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu di luar negara.
“Safawi masih muda dan ini adalah proses untuknya mengenali bola sepak di luar negara. Saya percaya TMJ (Tunku Mahkota Johor) mempunyai perancangannya dengan menghantar Safawi bermain di Portugal.
“Pengalaman yang dimiliki Safawi itu sangat penting kerana dia dah tahu apa yang diperlukan untuk bermain di luar negara. Mungkin dia tidak bernasib baik kali ini, tetapi untuk masa akan datang saya yakin dia akan berjaya di kelab lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Safawi bawa impian besar ke Portugal
“Saya bagi contoh, (penyerang Thailand) Terasil Dangda. Dulu dia pernah dapat tempat di Manchester City, tetapi tidak berjaya masuk kesebelasan utama. Dia balik ke Thailand dan selepas beberapa tahun, sekarang dia mendapat kepercayaan untuk menjadi penyerang di kelab Jepun.
“Ramai juga pemain dari Jepun yang sudah mencapai usia 27 dan 28 tahun beraksi di Eropah. Ini adalah proses sebagai seorang pemain profesional. Bukan mudah untuk seseorang pemain Asia menembusi skuad utama kelab di Eropah,” katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, Tunku Ismail mengesahkan bahawa Safawi akan kembali menyarung jersi JDT musim depan selepas dipinjamkan ke Portimonense SC pada Oktober lalu.
Perkhabaran itu sekali gus menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu tidak menghabiskan tempoh kontrak pinjamannya bersama kelab tersebut yang sepatutnya berakhir pada Mei tahun depan.
Mengulas lanjut, Sathianathan menyifatkan keputusan membawa pulang Safawi ke tanah air adalah tepat memandangkan penyerang Harimau Malaya itu memerlukan aksi perlawanan kompetitif.
“Walaupun Safawi tidak bermain dalam skuad utama dan hanya mewakili pasukan Bawah 23 tahun Portimonense, tetapi pendedahan yang dia dapat itu sangat bagus.... bukan saja kepada JDT tetapi juga pasukan kebangsaan.
“Apabila Safawi pulang ke Malaysia, dia akan terus berusaha bagi meningkatkan kemampuan dirinya. Saya percaya peluangnya akan terbuka luas di kelab luar negara selepas ini,” jelasnya.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/115796/BERITA/Sukan/Bukan-penamat-karier-Safawi© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Kelantan tamat kontrak Yusri

November 18, 2020 @ 9:09pm



Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah. - Foto FB Kelantan FA

KOTA BHARU: Kelantan FC tidak akan menyambung kontrak Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih pasukan dan tiga pembantunya iaitu Tengku Hazman Raja Hassan, Azli Mahmood serta Ismail Chawalit Abu Bakar.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata langkah drastik itu adalah rombakan yang dibuat terhadap barisan kejurulatihan skuad The Red Warriors (TRW) bagi memperkasakan pasukan itu mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

"Perubahan itu nampak drastik, namun Kelantan FC perlu berani jika mahu memburu slot ke Liga Super dan kejuaraan lain musim hadapan. Langkah ini sangat penting kerana saya mahu membentuk pasukan menggunakan acuan sendiri yang mempunyai mentaliti memburu kejuaraan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Skuad TRW di bawah kendalian Yusri berada pada kedudukan keenam dalam carta Liga Perdana dan layak menyertai saingan Piala Malaysia.

Norizam berkata Kelantan FC sudah menerima permohonan jurulatih dari Sepanyol, Hungary, Jerman dan beberapa negara untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengendali utama pasukan selain permohonan daripada beberapa jurulatih tempatan.

Katanya, beliau mahu jurulatih yang dipilih itu berpengalaman serta dapat bekerjasama dengan pemain dan pihak pengurusan untuk membentuk pasukan mantap.

"Saya mahu jurulatih itu mampu menerapkan mentaliti menjaringkan gol dan meraih kemenangan serta taktikal bertahan turut diperlukan supaya Kelantan FC tidak mudah dibolosi pihak lawan.

"Bola sepak hari ini lebih kepada kepantasan, kebijaksanaan untuk menjaringkan gol bagi meraih kemenangan dan bijak memerangkap pasukan lawan," katanya.

-- BERNAMA,SUMBER-BH ONLINE

Kelantan FC guna 90 peratus 'ubi muda'

Disember 25, 2020 @ 11:24pm



Norizam (topi merah) memberi semangat kepada pemain pada sesi pemilihan hari ini.

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) memilih untuk menggunakan khidmat 90 peratus pemain muda kelahiran negeri itu, bagi memberi cabaran pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengurus Operasi The Red Warriors (TRW) Kelantan FC Jamilulail Jamiludin berkata, barisan 'ubi muda' itu terdiri daripada pemain skuad Piala Belia dan Presiden Kelantan musim 2020.

Jelasnya, pemilihan itu dilakukan pemilik dan pengurusan baharu Kelantan FC, selain dipantau pemilik kelab itu, Norizam Tukiman.

"Satu perlawanan antara pasukan bawah 19 dan 21 tahun itu diadakan di Padang Sintetik Kota Bharu, hari ini, bagi mengenal pasti pemain terbaik untuk diserap ke kelab ini.

"Pengarah teknikal kelab yang juga bekas pemain Johor dan kebangsaan Abdul Nasir M Yusof bertanggungjawab memilih pemain sambil dipantau sendiri oleh pemilik kelab Norizam Tukiman.

"Hasil daripada perlawanan persahabatan ini, 90 peratus pemain terbaik dari kedua-dua pasukan bakal diserap masuk ke pasukan utama pada musim 2021," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui akaun Facebook rasmi kelab itu, hari ini.

Jamilulail berkata mereka yang dipilih akan menerima 'ramuan' jurulatih dari Itali, untuk menghadapi aksi kompetitif dalam kempen Liga M.

"Pemain ini bakal di 'DNA' kan oleh ketua jurulatih pasukan dari Itali yang akan membentuk semula pasukan muda ke taraf antarabangsa.

"Pemain yang terpilih akan diumumkan bersama barisan kejurulatihan, dalam sebuah majlis khas pengenalan pasukan pada awal Januari 2021," tambahnya.

Sebelum ini, Norizam dilaporkan berkata akan melakukan rombakan secara besar-besaran terhadap pemain dan barisan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga-M musim depan. - BERNAMA.SUMBER-BH ONLINE

'Mahu pergi mana Indra?'

MyMetroArena



Azlan Hafeedz

sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Khabar angin mengenai kemungkinan Indra Putra Mahayuddin meninggalkan Kelantan ketika jendela perpindahan kedua, 15 Mei ini semakin hangat diperkatakan penyokong The Red Warriors (TRW).

Difahamkan, pasukan yang berminat dengan bintang TRW itu sedia menebus baki kontrak pemain terbabit jika mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak pengurusan mereka.

Sumber rapat TRW berkata, beliau difahamkan bahawa Indra, 36, sudah hampir pasti menyarung jersi pasukan baru terbabit tetapi pemain itu mengambil jalan selamat dengan tidak memberikan apa-apa komen mengenai khabar berkenaan.

Andai khabar angin itu betul, kita bakal kehilangan seorang pemain senior berpengalaman ketika kudratnya masih diperlukan Kelantan untuk menghadapi baki saingan Liga Super.

Sama ada disebabkan masalah gaji atau sebaliknya hingga mendorongnya untuk berhijrah ke pasukan lain, saya tidak pasti tetapi saya berharap Indra kekal bersama pasukan hingga penghujung musim,” kata sumber berkenaan.

Selain Indra, dua pertahanan TRW Mohd Qayyum Marjoni Sabil, 23 dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim, 27, turut berada dalam radar pasukan lain di Liga Super.

Sementara itu, Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi menafikan khabar angin berhubung perpindahan ketiga-tiga pemain berkenaan ke pasukan lain.

Ismail menjelaskan mereka akan kekal bersama Kelantan hingga hujung musim dan berkemungkinan besar khabar angin itu sengaja direka pihak tertentu bagi melemahkan semangat pasukan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 2:57 AM

Safee yakin kombinasi pemain KL

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kombinasi pemain senior dan junior bakal menjadi ramuan terbaik buat pasukan Kuala Lumpur yang akan bersaing di Liga Super musim depan.

Bekas pemenang Kasut Emas Piala AFF 2010, Safee Sali berkata, kehadiran pemain senior seperti Indra Putra Mahyuddin dan Shukor Adan bakal memperkukuhkan lagi kekuatan skuad The City Boys yang mensasarkan untuk kekal di Liga Super.

Katanya, dia memahami dan mengenali corak serta gaya permainan kedua-dua tonggak itu yang masih memiliki sentuhan berbisa pada usia memasuki angka 40.

"Saya memang mempunyai pengalaman bermain dengan Indra dan Shukor Adan. Mereka mempunyai segala-galanya dalam permainan bola sepak.

"Jadi, saya rasa pasukan Kuala Lumpur bagi musim depan mempunyai kombinasi yang baik daripada segi pemain senior dan remaja untuk mencabar pasukan besar dalam Liga Super.

"Saya sentiasa bersedia dan positif dengan apa yang ada dalam pasukan ini, jadi saya bersedia untuk memulakan secepat mungkin dengan Kuala Lumpur," katanya.

Pada Khamis lalu, Safee menamatkan spekulasi tentang masa depannya apabila memilih pasukan Kuala Lumpur untuk terus beraksi meskipun sudah menjangkau usia 37 tahun.

Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor itu mengikat kontrak selama semusim bersama skuad Warga Kota selepas Petaling Jaya City tidak melanjutkan kontraknya sebaik Liga Malaysia berakhir musim ini.

Ujarnya lagi, dia mengakui bakal berdepan cabaran merebut tempat dalam pasukan terutamanya awang import, namun Safee berazam untuk memperagakan aksi terbaik dan menyerahkan segala-galanya di tangan jurulatih.

"Untuk merebut tempat dalam pasukan saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan saya akan serahkan segala-galanya kepada ketua jurulatih untuk apa yang terbaik untuk bermain dalam sesuatu perlawanan."

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 2:30 PM

Thursday, 24 December 2020

Tangan emas

MyMetroUtama



Oleh Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penjaga gol Melaka United yang paling banyak memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK), Khairul Fahmi Che Mat mengakui teringin untuk melihat penjaga gol daripada Liga Perdana muncul pemenang tahun ini.

Dia yang sekali lagi tercalon tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk mengungguli kategori itu pada musim ini memandangkan persaingan antara calon lain amat sengit.

Pemain kelahiran Kelantan ini yang memenangi kategori itu sejak 2010 sehingga 2013 dan kali terakhir pada 2016, bagaimanapun berpuas hati apabila tercalon pada tahun ini selain menganggap peluangnya untuk menang agak tipis.

"Alhamdulillah saya tercalon untuk tahun ini dan sebenarnya ini semua hasil kerjasama satu pasukan yang banyak membantu walaupun kita tahu perlawanan musim ini juga tidak banyak, jadi semua pemain hanya ada peluang terhad untuk menonjolkan aksi terbaik.

"Kalau ikutkan calon yang ada, kita semua tahu Farizal Marlias (JDT) tetap yang terbaik, tetapi saya berminat untuk melihat calon daripada Liga Perdana seperti Samuel Somerville (Pulau Pinang) dan Zamir Selamat (Kuala Lumpur) mencipta kejutan pada tahun ini.

"Kedua-dua mereka juga tidak kurang hebatnya dalam membantu pasukan sehingga layak ke Liga Super, tetapi apa-apa pun kita tunggu sahaja siapakah yang terbaik untuk dinobatkan pemenang", katanya.

Enam lagi calon lain bagi kategori Penjaga Gol Terbaik adalah Iqbal Suhimi (Kuching FA), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (PJ City FC), Khairulazhan Khalid (Selangor), Remezey Che Ros (UKM FC), Sharbinee Allawee (Pahang) dan Suhaimi Husin (Terengganu FC II).

ABK20 Virtual buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri profesional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Undian sudah dibuka kepada semua penyokong bermula Isnin lalu dan akan berakhir pada tengah malam esok.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2020 @ 8:01 AM