Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
Pemain Selangor Paolu Rangel
(tengah) meraikan kejayaannya dengan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol
pada perlawanan bola sepak Piala AFC menentang pasukan Hanoi T&T dari
Vietnam di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 3-1. - BERNAMA
SHAH ALAM - Bintang penyerang
Selangor, Paulo Rangel berada dalam kelas tersendiri apabila meledak hatrik
untuk membantu pasukannya menewaskan wakil Vietnam, Hanoi T&T 3-1 dalam
perlawanan Piala Asia di Stadium Shah Alam, semalam.
Selangor memilih detik terbaik untuk
bangkit, sekali gus menghidupkan semula peluang untuk melangkah ke pusingan
kedua dari Kumpulan F apabila mengumpul lima mata daripada empat perlawanan,
dua mata di belakang pasukan tangga kedua, Arema, manakala Hanoi kekal di
puncak menerusi sembilan mata.
Walaupun bermula perlahan dan
turun tanpa dua tonggak import, Andik Vermansah dan Steve Pantelidis, Red
Giants berjaya mendahului pada minit ke-21.
Melalui sepakan bebas yang
diambil oleh Bunyamin Umar, Rangel berjaya menanduk cantik bagi gol pembukaan
tuan rumah
Penyerang kelahiran Brazil itu
sekali lagi mempamerkan aksi tangkas di depan pintu gol Hanoi apabila
menyempurnakan hantaran Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-32.
Hanoi berjaya merapatkan jurang
tidak lama kemudian menerusi sepakan penalti selepas Ahmad Hazwan Bakri
menjatuhkan pemain lawan, Hughton Hechtor dalam kotak penalti.
Gonzalo Marronkle mudah
menyempurnakan sepakan tersebut untuk menewaskan Mohd.Farizal Marlias pada
minit ke-36.
Namun begitu, Rangel memastikan
Selangor meraih kemenangan yang diperlukan dengan meledak gol ketiga pada minit
ke-44 setelah menerima hantaran S. Kunanlan.
Ini adalah kemenangan pertama
buat skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu selepas seri dua kali dan kalah
sekali dalam tiga perlawanan terdahulu.
Ketangkasan Farizal juga
berjaya menyelamatkan kubu Selangor daripada dibolosi pasukan pelawat yang cuba
bangkit pada penghujung permainan kerana tidak rela rekod kemenangan bersih
mereka lebur di tangan Selangor.
Bagaimanapun hajat Ha Noi
T&T untuk mencari dua lagi gol tidak kesampaian apabila kedudukan 3-1 itu
kekal sehingga tamat perlawanan
SUMBER
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140402/su_02/Hatrik-Rangel-benam-Hanoi#ixzz2xiyjsb00
© Utusan Melayu (M) BhdDIARI
No comments:
Post a Comment