WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
& FOTO : RIDHA RAHIMI
5 April 2014
Panthers enggan dabik dada Gil
Hoon (kanan) antara tenaga import yang tidak mengecewakan.
BERADA di kedudukan dua teratas
Liga Premier selepas 10 perlawanan jelas tidak meletakkan Pulau Pinang untuk
memasang impian awal mara ke Liga Super 2015 malah tetap fokus dengan misi asal
muncul empat terbaik .
Biarpun berkongsi 23 mata
dengan PDRM dan jurang perbezaan mata dengan pasukan di tempat ketiga adalah
tujuh mata, juara Liga FAM 2013 itu tetap tidak mahu mendabik dada.
Apa yang pasti mereka mahu
terus memperbaiki corak permainan selain tidak mengulangi persembahan buruk
tewas besar 5-1 kepada pesaingnya, PDRM pada 27 Januari lalu.
LIHAT PRESTASI
Rekod tujuh menang, dua seri
dan satu kalah setakat ini boleh dipuji memandangkan rangkaian dan persefahaman
di kalangan semua pemain masih belum tinggi berikutan majoriti pemainnya adalah
muka baru musim ini.
Sebab itulah ia tetap menjadi
kerisauan buat pengurusan dan barisan jurulatih apabila senarai keputusan
perlawanan lepas menunjukkan Harimau Kumbang sekadar menang tipis sahaja.
Masih banyak lagi ruang dan
kelemahan yang perlu diperbaiki dan Pengurusnya, Mohd Azizudin Mohd Shariff
mengakui bahawa fokus mereka kini adalah terus memperbaiki corak permainan
semasa pada setiap perlawanan.
FOKUS SASARAN
Jelasnya, sasaran utama masih
lagi empat terbaik liga selain secara automatik layak ke saingan Piala Malaysia
musim ini.
“Harimau Kumbang kemarau kejayaan
sejak 10 tahun lalu dan kebangkitan dilakukan musim lepas diharapkan dapat
diteruskan musim 2014.
“Kita cuba kumpul mata sebanyak
mungkin tanpa terlalu utamakan kedudukan. Dari segi strategi mengumpul mata,
kita mahu fokus satu perlawanan ke satu perlawanan terlebih dahulu kerana
saingan liga masih awal kerana macam-macam boleh berlaku,” katanya.
MILIK TUAH
Harimau Kumbang juga cukup
bertuah kerana pemain-pemain importnya iaitu Hilton Moreira, Lee Gil Hoon, Lee
Kwang Hyeun dan Titi Buengo berjaya menepati aspek dan taktikal yang digerakkan
oleh ketua jurulatih, K Devan setakat ini dan kejutan untuk melihat pertukaran
pemain luar pada jendela perpindahan pemain kedua sekarang ini cukup tipis.
SINAR HARIAN ONLINE 5.4.14
No comments:
Post a Comment