SALVADOR, Brazil 14 Jun -
Belanda memalukan Sepanyol dalam aksi pembukaan Piala Dunia selepas membelasah
penyandang juara itu 5-1 dalam perlawanan Kumpulan B, sebentar tadi.
Dua jaringan Robin van Persie
dan Arjen Robben, selain gol Stefan de Vrij membantu skuad Oranje menang besar
ke atas La Roja, sekali gus membalas dendam di atas kekalahan mereka kepada
pasukan itu pada final Piala Dunia di Afrika Selatan 2010.
Ini adalah kekalahan terbesar
kedua dialami Sepanyol dalam sejarah Piala Dunia selepas dibelasah 6-1 oleh
Brazil pada 1950. - AP
RUJKAN-
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140614/sl_13/Belanda-belasah-Sepanyol-5-1#ixzz34YVsPN27
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment