Ad

Friday, 13 June 2014

Brazil lepasi cabaran Croatia

ZURAIMEE ZAINAL
13 Jun 2014
 Oscar (bawah) dari Brazil meraikan kejayaan dengan rakan sepasukan selepas menang 3-1 Kumpulan A Perlawanan awal Piala Dunia FIFA 2014  antara Brazil dan Croatia di Arena Corinthians di Sao Paulo, Brazil. - Foto EPA
Oscar (bawah) dari Brazil meraikan kejayaan dengan rakan sepasukan selepas menang 3-1 Kumpulan A Perlawanan awal Piala Dunia FIFA 2014  antara Brazil dan Croatia di Arena Corinthians di Sao Paulo, Brazil. - Foto EPA Oscar (bawah) dari Brazil meraikan kejayaan dengan rakan sepasukan selepas menang 3-1 Kumpulan A Perlawanan awal Piala Dunia FIFA 2014 antara Brazil dan Croatia di Arena Corinthians di Sao Paulo, Brazil. - Foto EPA
BRAZIL menepati jangkaan awal penganalisis apabila mudah menewaskan Croatia, 3-1 dalam aksi pembuka tirai Kumpalan A Piala Dunia 2014 di Arena Corinthians, Sao Paulo awal padi tadi.

Namun begitu, Croatia terlebih dulu di depan hasil jaringan sendiri Marcelo pada minit ke-11 ketika cuba menampan hantaran rendah oleh Ivica Olic.

Namun, pasukan tuan rumah itu terus bangkit selepas penyerangnya, Neymar mengikat kedudukan pada minit ke-29.

Peledak Barcelona itu turut mencipta nama sebagai permain pertama Brazil meledak dua gol dalam penampilan sulung selepas David Villa melakukannya untuk Sepanyol pada 2006 apabila meletakan tuan rumah di depan menerusi jaringan penalti minit ke-71.


Oscar kemudian melengkapkan permulaan bergaya juara lima kali kendalian Luiz Felipe Scolari hasil jaringan minit ke-90 seterusnya gah memimpin Kumpulan A.

No comments:

Post a Comment