Ad

Sunday, 1 June 2014

BN RAMPAS TELUK INTAN

BN RAMPAS TELUK INTAN
Siew Keong dijulang selepas diumumkan menang dengan majoriti 238 undi pada Pilihanraya Kecil Teluk Intan, semalam. - Foto Muhaizan Yahya
Datuk Mah Siew Keong peroleh 20,157 undi tewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat 19,919 undi

Teluk Intan: Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan selepas dua penggal digenggam DAP adalah titik tolak terhadap kebangkitan GERAKAN.

Calon BN merangkap Presiden GERAKAN yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan semalam, Datuk Mah Siew Keong, berkata kemenangan itu adalah hasil kerja keras berterusan parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Terima kasih kepada pengundi yang menyokong saya dan semua pihak yang banyak memberi kerjasama.

Hargai kepercayaan PM

“Begitu juga petugas jentera yang bertungkus-lumus dalam memastikan kemenangan BN. Saya menghargai kepercayaan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin),” katanya sejurus diumum memenangi PRK Teluk Intan selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, dengan majoriti 238 undi.
Siew Keong berkata, kemenangan itu adalah lonjakan untuk GERAKAN kembali memenangi hati rakyat.


“Saya bangga dengan kerjasama parti komponen terutama UMNO, MCA, MIC, PPP dan rakan BN hingga kita menguasai kembali Parlimen Teluk Intan," katanya.

No comments:

Post a Comment