Thiago Silva, Darijo Srna
TERESOPOLIS - Brazil semakin
terdesak untuk menunjukkan sesuatu yang mencerminkan keyakinan mereka selaku
tuan rumah menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Croatia, dalam
usaha mereka meredakan tekanan yang semakin memuncak.
Jurulatih, Luiz Felipe Scolari
amat bertuah kerana dapat mengekalkan pasukan sama yang menumbangkan juara
dunia, Sepanyol 3-0 pada perlawanan akhir Piala Konfederasi, dengan bintang
Barcelona, Neymar menjadi tumpuan dalam kesebelasan utama Brazil yang
disifatkan sebagai sebuah pasukan yang mantap.
Juara dunia lima kali itu
dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi cabaran peringkat kumpulan,
tetapi pemain pertahanan Barcelona, Dani Alves mengakui perasaan bimbang
semakin menyelubungi pasukannya menjelang aksi pembukaan di Sao Paulo, dan amat
berharap mereka dapat membuang perasaan gementar itu.
"Pungutan tiga mata penuh
amat penting, kerana secara tidak langsung turut memberi mesej kepada lawan.
Perlawanan yang paling penting dalam Piala Dunia untuk semua pasukan ialah aksi
pembukaan.
"Pada aksi Khamis ini (4
pagi Jumaat waktu Malaysia) kita akan tahu jawapannya, sama ada semuanya
berjalan dengan lancar atau pun tidak. Kami akan cuba mempamerkan imej yang
baik," kata Alves.
Hanya satu persoalan timbul
buat Brazil menjelang perlawanan yang akan berlangsung di Corinthians Arena,
iaitu sama ada dua bintang Chelsea, Oscar dan Willian akan diturunkan dalam
kesebelasan utama.
Namun, Scolari yang membimbing
Brazil menjulang trofi Piala Dunia pada 2002, nampaknya lebih berminat
menggunakan kesebelasan yang sama ketika Brazil menewaskan Serbia 1-0 pada
perlawanan persahabatan minggu lalu menerusi jaringan Fred.
Sementara itu, tonggak pasukan
Croatia, Luka Modric berkata kebanyakan pemain pasukannya telah menunjukkan
peningkatan secara individu sejak Kejohanan Eropah 2012.
"Kebanyakan pemain kami
sudah meningkat prestasi mereka secara individu secara mendadak sejak Kejohanan
Eropah 2012 namun tidak secara berpasukan.
"Mereka (Brazil) ialah
sebuah pasukan yang gagah dengan kehadiran pemain yang hebat seperti Marcelo,
Thiago Silva dan Neymar.
"Oleh itu kami perlu
bergerak sebagai sebuah kumpulan, tiada sesiapa yang akan berjaya sebagai
individu. Pergelutan akan berlaku di tengah padang dan kami akan kalah
sekiranya tidak berusaha untuk merebut bola dengan baik," katanya.
Croatia mengejutkan dunia
apabila melangkah ke separuh akhir pada 1998 selepas pertama kali menyertainya
apabila menewaskan Jerman 3-0.
Namun mereka gagal melepasi
saingan peringkat kumpulan dalam edisi 2002 dan 2006 diikuti kegagalan dalam
Euro 2012.
Pemain Croatia kelahiran
Brazil, Eduardo da Silva berkata, nasib pasukan mereka boleh dipengaruhi oleh
perlawanan menentang tuan rumah.
"Brazil merupakan pasukan
pilihan, jadi untuk menewaskan mereka merupakan tugas yang sukar namun semuanya
bergantung kepada kami untuk mendapatkan kejayaan di peringkat kumpulan.
"Keluarga saya akan
memberi sokongan tetapi saya tidak tahu pasukan mana yang akan mereka sokong,
namun paling penting ialah bermain dengan bagus," katanya.
Dua lagi lawan mereka dalam
Kumpulan A ialah Cameroon dan Mexico. - AFP
RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140612/sl_02/Brazil-semakin-terasa-tekanan#ixzz34NHq1pca
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment