Pegawai-pegawai perubatan
pasukan Brazil mengerumuni Neymar untuk memberikan rawatan setelah penyerang
itu mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan di Teresopolis, dekat Rio de
Janeiro kelmarin. - AFP
TERESOPOLIS - Seluruh Brazil
cemas seketika apabila mendapat tahu bintang penyerang mereka, Neymar terjatuh
ketika sesi latihan yang mengakibatkan buku lalinya tercedera.
Insiden tersebut telah
mencetuskan kebimbangan terhadap kecergasan pemain itu menjelang Piala Dunia
yang semakin hampir.
Buku lali bintang Barcelona itu
terseliuh sewaktu sesi latihan bersama skuad Selecao di pinggir Rio de Janeiro
yang memaksanya menerima rawatan di atas padang.
Bagaimanapun, selepas berehat
seketika, Neymar akhirnya mampu berdiri sendiri, dan berjalan dengan berhati-hati.
Tidak lama selepas itu dia
dilihat kembali menyambung latihan, dan kelihatan cukup cergas untuk menggalas
tanggungjawab dalam kesebelasan utama menentang Croatia Jumaat ini.
Sementara itu, Brazil
memberikan tumpuan tambahan kepada benteng pertahanan mereka menjelang
perlawanan pembukaan tersebut.
Pengurus, Luiz Felipe Scolari
menghabiskan kebanyakan masanya pada sesi latihan kelmarin dengan melakukan
pelarasan semula terhadap benteng pertahanan pasukan apabila dia menghentikan
latihan beberapa kali bagi menyusun semula posisi pemain sehingga jurulatih itu
berpuas hati.
Walaupun Brazil tidak dibolosi
gol dalam dua perlawanan pemanas badan mereka sebelum ini Scolari berkata, dia
masih belum berpuas hati dengan cara skuad bimbingannya bermain di bahagian
pertahanan.
Salah satu sasaran utama
jurulatih tersebut dalam persediaan minggu lepas ialah untuk memastikan posisi
pertahanan pasukannya benar-benar bersedia bagi menghadapi aksi pembukaan.
"Kami tahu jika kami tidak
dibolosi, peluang kami untuk memenangi perlawanan lebih tinggi, kerana kami
sedar terhadap bakat yang kami miliki di bahagian serangan. Amat penting untuk
kami benar-benar bersedia di posisi pertahanan, agar kami tidak menjadi mangsa
kejutan lawan," kata Scolari.
Bek kanan, Daniel Alves
mengakui benteng pertahanan Brazil tidak sempurna, tetapi berkata, pasukannya
sedang bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan tersebut sebelum perlawanan
pembukaan.
Ketika dimaklumkan tentang
kenyataan penyerang Croatia, Ivica Olic yang memberitahu bahawa dia melihat
masih ada ruang kosong di bahagian pertahanan Brazil yang mampu ditembusi
sewaktu menyaksikan perlawanan pemanas badan Selecao, Alves mengakui,
pasukannya masih perlu melakukan pengubahsuaian terhadap benteng mereka.
"Sudah tentu jika kami
tidak melakukan kesilapan, kami adalah pasukan yang sempurna, dan itu adalah
mustahil. Jika Olic boleh melihat ruang kosong tersebut, maka kami perlu
memastikan kekurangan itu diperbaiki sehingga dia tidak boleh lagi mencari
ruang berkenaan," kata pemain pertahanan Barcelona itu. – AGENSI
RUJUKAN –UTUSAN LAMAYSIA ONLINE
11.6.2014
No comments:
Post a Comment