Neymar (kiri) cuba melepasi
asakan pemain Panama, Armando Cooper dalam aksi pemanas badan menjelang Piala
Dunia di Goiania, Brazil semalam. - REUTERS
GOIANIA, Brazil - Brazil
mempamer persembahan mengagumkan pada babak kedua sewaktu membelasah Panama 4-0
semalam, namun pengendali mereka, Luis Felipe Scolari menegaskan, masih banyak
yang perlu diperbaiki anak-anak buahnya menjelang aksi pembukaan Piala Dunia
pada 12 Jun ini.
Brazil tampak terpaksa bekerja
keras di awal permainan dalam aksi pemanas badan kedua terakhir sebelum
jaringan Neymar pada minit ke-27 dan gol kedua menerusi Dany Alves, 13 minit
kemudian meletakkan tuan rumah Piala Dunia itu mendahului 2-0.
Hulk tidak mengambil masa lama
untuk menyumbat gol ketiga hanya seminit selepas babak kedua bersambung dan
pemain gantian, Willian turut meletakkan dirinya dalam senarai penjaring untuk
meledak gol keempat.
Kami masih ada masa seminggu
setengah lagi (menjelang aksi pembukaan Piala Dunia).
Masih ada perkara yang perlu
diperbaiki, namun semua kena bertenang kerana kami sudah semakin hampir
(membentuk pasukan terbaik).
Hari ini pasukan menunjukkan
respons yang bagus, namun saya menuntut aksi yang lebih baik daripada ini.
Jika saya perlu memilih antara
dua babak permainan, saya akan pilih separuh masa kedua yang mana kami berjaya
mempamer lebih banyak gerakan, penguasaan bola yang lebih baik dan lebih
tangkas," kata Scolari.
Scolari turut memuji Neymar
yang disifatkannya telah beraksi cemerlang.
Selain menjaringkan gol pertama
perlawanan, penyerang Barcelona berusia 22 tahun itu turut mempunyai dua
peluang terbaik untuk menambah gol dan muncul pemain paling menonjol dalam
skuad Brazil.
Neymar merupakan seorang
pemain yang selalu memberikan sesuatu yang berbeza dalam permainannya setiap
hari.
Dia telah meningkat dengan
baik. Dia amat pantas, lincah dan mana-mana jurulatih pun akan memujinya,"
jelas Scolari.
Neymar ditimpa kecederaan dua
kali musim ini pada penampilan pertamanya di pentas Eropah, dan Scolari
berkata, beliau akan menurunkan pemain itu pada perlawanan persahabatan
menentang Serbia, esok bagi memastikan prestasinya berada di tahap terbaik.
Pemain Panama mengerumuni
Neymar sebaik saja wisel perlawanan berakhir bagi mendapatkan tandatangannya,
dan Scolari turut mengingatkan bintang muda itu agar tidak terbabit dalam sebarang
insiden di atas padang.Brazil akan memulakan kempen Kumpulan A dengan menentang
Croatia.Juara lima kali itu turut diletak dalam satu kumpulan bersama Mexico
dan Cameroon. - REUTERS
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140605/sl_01/Brazil-tak-cukup-bagus#ixzz33ifI0aEB
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment