Chan Jie melakukan kuakan
sempurna ketika mencipta rekod baharu Sukma dan membawa pulang pingat emas
dalam acara 100m kuak kupu-kupu di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Negeri, Kangar
semalam.
KANGAR - Acara renang
menyaksikan dua lagi rekod temasya berjaya dipecahkan dalam saingan 200 meter
kuak lentang lelaki dan 100m kuak kupu-kupu lelaki di Pusat Akuatik, Kompleks
Sukan negeri di sini semalam.
Perenang Johor, Tern Jian Han
merekodkan 2 minit 7.2 saat pada aksi kelayakan 200m, namun gagal mengatasi
rekod yang dicipta selepas mencatat 2:09.14s untuk meraih pingat emas.
Jian Han nyata gembira dengan
pencapaiannya sepanjang temasya Sukma XVII Perlis 2014 berlangsung dan berharap
dapat mengekalkan momentum kecemerlangan itu dalam saingan akan datang.
"Memenangi acara ini
adalah sesuatu yang sangat baik dan saya akan terus berusaha untuk mencipta
lebih banyak rekod pada masa akan datang.
"Saingan akhir hari ini
(semalam) saya telah cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan masa yang lebih baik
tetapi ini sahaja yang mampu saya lakukan," katanya.
Pingat perak acara itu
dimenangi perenang Sarawak, Alex Tiong Sie Hung dengan catatan 2:11.85s.
Perenang Selangor, Chan Jie
berada dalam kelas tersendiri apabila turut memecah rekod acara 100m kuak
kupu-kupu lelaki dengan catatan 55.04s, mengatasi rekod 55.27s yang dicipta
Daniel Beego pada 1998.
Pingat perak bagi acara itu
diraih perenang Pulau Pinang, Alwyn Tan Yean Yang dengan catatan 55.92s.
Gangsa pula diraih perenang
Wilayah Persekutuan selepas merekodkan 56.16s.
RUJUKAN-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140602/su_12/Dua-rekod-padam-di-kolam#ixzz33SGtSnHa
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment