Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
NDUMBA MAAECHE (kiri) memainkan
peranan penting ketika membantu Felda United menyekat kemaraan Kelantan pada
aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
JURULATIH Felda United, Irfan
Bakti Abu Salim akhirnya membuka mulut mengapa beliau tidak membenarkan skuad
kendaliannya berlatih mengambil sepakan penalti dalam pertemuan separuh akhir
kedua Piala FA menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
Ini kerana Irfan optimis bahawa
The Red Warriors tidak mampu untuk merobek gawang The Settlers lebih daripada
tiga gol pada perlawanan tersebut.
Pada perlawanan tersebut, Felda
telah berjaya mengikat juara bertahan itu dengan keputusan seri 2-2 dan
merakamkan keputusan 5-5 secara agregat.
Keputusan itu sekali gus
menyaksikan anak-anak buah bimbingan George Boateng tersingkir daripada saingan
Piala FA apabila Felda United mara ke pentas final dengan kelebihan jaringan di
tempat lawan.
Sebelum aksi itu, Irfan
mengakui ada beberapa saranan yang menyuruh pasukannya berlatih mengambil
sepakan penalti menjelang aksi menentang Kelantan.
"Memang ada (saranan
berlatih mengambil sepakan penalti) tetapi saya cukup yakin bahawa perlawanan
tersebut tidak akan berlarutan sehingga ke sepakan penalti.
"Saya yakin bahawa
Kelantan tidak akan mampu meledak tiga gol di Shah Alam (kelmarin) dan prestasi
anak-anak buah saya juga semakin konsisten.
"Keyakinan itu hadir
apabila kami berjaya mengikat mereka di (Stadium Sultan Muhammad IV) Kota Bharu
dan dalam aksi itu, saya sendiri memberitahu pemain-pemain saya supaya
menyelesaikan tugas mereka dalam tempoh 90 minit.
"Hasilnya, mereka berjaya
layak ke final dan saya fikir kelebihan tiga gol di tempat lawan itu memberikan
Felda satu kejayaan cukup bermakna," katanya ketika dihubungi Kosmo!
semalam.
Selain kejayaan Felda United
yang layak buat pertama kali melangkah ke pentas final Piala FA, Irfan juga
memiliki misi peribadi tersendiri ketika menentang Pahang di final nanti.
Irfan telah bersedia untuk
memburu kejayaan peribadi dalam final keempat Piala FA selain berusaha membantu
The Settlers muncul sebagai pasukan berstatus kelab pertama menjulang trofi
tersebut dalam sejarah sejak 1990.
Sebagai rekod, Irfan pernah
menjulang Piala sebanyak dua kali ketika bersama Terengganu (2011) dan Pulau
Pinang (2002).
"Ini adalah final keempat
Piala FA dalam karier saya. Sudah tentu saya ada misi peribadi.
"Pemain-pemain juga
berazam untuk membantu Felda United melakarkan sejarah baharu dalam aksi final
Piala FA.
"Jadi, kami akan
memberikan fokus penuh kepada pertemuan menentang Pahang nanti," katanya.
RUJUKAN-http://www.kosmo.com.my/kosmo
2.6.14
No comments:
Post a Comment