06/06/2014 12:46pm
KUANTAN - Majlis Ugama Islam
Pahang (MUIP) sebentar tadi mengumumkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7 pada
segantang Baghdad untuk negeri Pahang tahun ini.
Timbalan Yang Dipertuan MUIP,
Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pihaknya telah melantik seramai
945 orang amil untuk malaksanakan tanggungjawab memungut wang zakat tersebut di
seluruh negeri.
"Sempena Hari Raya
Aidilfitri yang bakal menjelang, MUIP memperuntukkan sejumlah RM4.3 juta kepada
golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf," katanya. - KOSMO!
RUJUKAN- KOSMO ONLINE 6.6.14
No comments:
Post a Comment