Ad

Friday, 6 June 2014

PERASMIAN PUSAT LATIHAN ORANG –ORANG BUTA GURNEY

HARI INI DALAM SEJARAH
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
PERASMIAN PUSAT LATIHAN ORANG –ORANG BUTA GURNEY

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1955,   Pusat  Latihan  Orang-Orang  Buta  Gurney  di Kuala  Lumpur  telah  di buka  dengan  rasminya  oleh  Pesuruhjaya  Tinggi  Persekutuan Tanah  Melayu,  Sir  Donald  MacGillivray.  Dalam  ucapan  perasmiannya, Sir MacGillivray  telah  menjelaskan  mengenai  pusat  ini  yang  berperanan  untuk memberikan  latihan  dalam  pelbagai  bidang  kemahiran  kepada  orang-orang  buta  bagi  menyediakan  peluang  pekerjaan  kepada  mereka.  Turut  hadir  pada  majlis perasmian  Pusat  latihan  yang  bernilai $ 250  ribu  ini  ialah  Lady  MacGillivray,  isteri Pesuruhjaya  Tinggi  Persekutuan  dan  Encik  Mustapha  Al-Bakri  Pengerusi  bagi Persatuan  Orang-Orang  Buta  Persekutuan.  Kemasukan  pelatih-pelatih  ke  Pusat Latihan  ini  dipilih  berdasarkan  kepada  kemampuan  masing-masing  sebelum  diberi latihan  yang  bersesuaian.   Bersempena  dengan  perasmian  ini,  Persatuan  Orang-Orang  Buta  Persekutuan  telah  mengumumkan  mengenai  penubuhan  Pusat  Latihan Tanaman  yang  merupakan  langkah-langkah  kearah  menyediakan  kemudahan pelajaran,  latihan  dan  pekerjaan  kepada  orang-orang  buta  yang  tinggal  di  kampung.  Kini  setelah  50 tahun  kemerdekaan  negara,  kemudahan  dan  penyediaan  latihan  kepada  orang-orang  kurang  upaya  terus  dipertingkatkan.

SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/

No comments:

Post a Comment