PIALA DUNIA/WORLD CUP 2014
Juara Piala Dunia Terima USD 35
juta
6 Disember 2013 - Juara Piala
Dunia 2014 bakal menerima ganjaran USD 35 juta manakala Naib Juara membawa
pulang USD 25 juta. Badan bolasepak dunia, FIFA mengumumkan pada 5 Disember
2013 (Khamis) jumlah keseluruhan peruntukan Piala Dunia 2014 meningkat 37
peratus kepada USD 576 juta berbanding pada USD 420 juta pada 2010.
Dana Peruntukan Piala Dunia
2014 (Contribution Pool)
Posisi Piala Dunia 2014 USD
JUARA 35 juta
NAIB JUARA 25 juta
TEMPAT KETIGA 22 juta
TEMPAT KEEMPAT 20 juta
SUKU AKHIR 14 juta
PUSINGAN 16 PASUKAN 9 juta
PERINGKAT KUMPULAN 8 juta
JUMLAH KESELURUHAN 358 juta
Jumlah keseluruhan USD 358 juta
itu akan dikongsi oleh 32 pasukan yang layak ke Piala Dunia 2014. Kos persiapan
setiap pasukan juga akan disediakan sebanyak USD 1.5 juta. Manakala FIFA juga
memperuntukan USD 70 juta melalui persatuan negara terbabit kepada kelab dimana
pemain tersebut beraksi kerana turut serta dalam kejohanan ini.
Tambahan USD 100 juta juga
diperuntukkan untuk Program Perlindungan Kelab bagi Piala Dunia yang
diperkenalkan pada 2012 dan digunapakai untuk peringkat dunia bagi keseluruhan
perlawanan yang disenarai pada kalendar perlawanan antarabangsa bagi tempoh
antara 1 September 2012 sehingga 31 Disember 2014, termasuk Piala Dunia.
Undian Akhir
Tarikh undian: 6 Disember 2014
(13:00 Waktu Tempatan/ 00:00 - 7 Disember 2013 Waktu Malaysia)
Venue undian: Costa do Sauipe,
Bahia, Brazil
Kumpulan A Kumpulan B(mfd) Kumpulan C Kumpulan D
Brazil Spain Colombia Uruguay
Croatia Netherlands Greece Costa
Rica
Mexico Chile Cote d'Ivoire England
Cameroon Australia Japan Italy
Kumpulan E Kumpulan F(mfd) Kumpulan G Kumpulan H
Switzerland Argentina Germany Belgium
Ecuador Bosnia-Herzegovina Portugal Algeria
France Iran Ghana Russia
Honduras Nigeria USA Korea
Republic
SUMBER RUJUKAN- http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2013/12/piala-duniaworld-cup-2014.html
No comments:
Post a Comment