OLEH – AHMAD BIN YAAKOB
Foto di Gunung Senyum tahun 2002
Dari kajian arkeologi, hutan
lipur Gunung Senyum dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman
Mesolitik, malah kajian berkaitan penemuan bersejarah ini masih diteruskan
sehingga hari ini. Gunung
Senyum ialah sebuah tapak arkeologi yang
terletak lebih kurang 25
kilometer dari bandar Tun Razak Jengka.Gunung Senyum terletak di Felda
Jengka 25, Jengka, Pahang, yang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1594
kaki) dan terletak di dalam Hutan Simpan Jengka seluas 749 hektar. . Gunung
Senyum mempunyai hutan Dipterikarp Bukit. Jenis batu dan tanah yang terdapat di
kawasan ini ialah daripada batu kapur (limestone) yang dianggarkan berusia
lebih daripada 3000 tahun. Dikawasan rendah sebelah Timur adalah batu lumpur
(mudstone) dan serpih (shale) yang berusia 2100 tahun. Di dalam kawasan hutan
lipur Gunung Senyum terdapat 25 buah gua yang mempunyai keunikan yang
tersendiri.
No comments:
Post a Comment