STERLING (tengah) dijangka
disenaraikan dalam kesebelasan utama England pada aksi pemanas badan menentang
Ecuador, Khamis ini.
LONDON - Jurulatih England, Roy
Hodgson yakin Raheem Sterling mampu menjadi watak utama yang membantu kejayaan
skuad The Three Lions pada pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil yang akan
membuka tirainya, 12 Jun depan.
Hodgson menyuarakan keyakinan
itu sebaik skuad bimbingannya tiba di Miami, Amerika Syarikat untuk menghadapi
aksi pemanas badan menentang Ecuador, Khamis ini.
Beliau tidak menolak
kemungkinan untuk menyenaraikan Sterling dalam kesebelasan utama England pada
perlawanan itu.
Bagaimanapun, Hodgson berharap
para peminat tidak akan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap
Sterling sepanjang pusingan akhir Piala Dunia 2014.
"Sterling seorang pemain
yang hebat dan saya yakin dia mampu menjadi pemain penting buat England.
"Namun, saya lebih suka
untuk mencungkil potensi pemain muda sepertinya berbanding meletakkan tekanan
yang terlalu tinggi.
"Masih ada pemain
berpengalaman dalam skuad ini dan mereka mampu menggalas tugas dengan baik.
Jadi, saya percaya pemain muda merupakan pemain pelapis kepada pemain sedia ada
yang akan diberikan peluang pada masa yang sesuai," kata Hodgson.
Bagaimanapun, Hodgson masih
belum membuat keputusan berhubung posisi Sterling biarpun pemain itu selesa
beraksi di bahagian sayap sepanjang bersama Liverpool musim ini.
"Saya mahu Sterling
sentiasa bersedia untuk beraksi di mana-mana posisi.
"Biarpun dia selesa
beraksi di bahagian sayap, saya juga tidak menolak kemungkinan untuk
memberikannya peranan sebagai penyerang kedua.
"Jadi, saya berpeluang
merombak strategi pada bila-bila masa sepanjang perlawanan," jelas
Hodsgon. - Agensi
RUJUKAN –KOSMOONLINE 3.5.14
No comments:
Post a Comment