Kota Bharu:
Kelantan mahu melupakan kekalahan Selasa lalu dan fokus saingan Piala FA.
“Kami mahu
pastikan kemenangan ke atas Kedah malam esok," kata ketua jurulatih
Kelantan, K Devan.
Bagi Devan,
skuad itu perlu segera bangkit daripada kekecewaan tewas 1-2 kepada Helang
Merah dalam aksi Liga Super sebelum ini dan tidak lagi pulang hampa pada
pertemuan kalah mati di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.
"Pertemuan
malam esok berbeza kerana siapa kalah mereka tersingkir. Kami perlu turun
dengan strategi baru bagi memastikan mara ke peringkat seterusnya.
"Saya
telah mengkaji corak permainan Kedah dan kemungkinan besar saya akan menurunkan
kesemua pemain import malam esok," katanya hari ini.
Devan berkata
antara punca kekalahan Kelantan kepada Kedah Selasa lalu disebabkan anak
buahnya terlalu selesa bertahan selepas mendahului babak pertama.
"Kami
tidak lagi boleh turun dengan corak permainan sama. Pemain perlu agresif
mengasak benteng lawan jika mahu kekal dalam saingan Piala FA musim ini.
"Saya
sudah beri peringatan supaya pemain lupakan kekalahan Selasa lalu. Saya tidak
mahu kekalahan itu terbawa-bawa dalam perlawanan malam esok. Mereka harus
mencipta kejutan di gelanggang lawan," katanya.
Beliau berkata
jentera pertahanan Kelantan perlu memberi tumpuan terhadap dua penyerang import
Kedah, Liridon Krasniqi dan Carlos Kahe bagi menutup peluang tuan rumah
menghasilkan gol.
"Sebelum
ini pemain dapat mengawal Carlos, tetapi kami gagal menutup ruang menyekat
Liridon, sekali gus memberinya ruang mencipta peluang kepada Kedah mengutip
tiga mata.
"Saya mahu
semua pemain mengambil peluang menebus kekalahan dua hari lalu. Saya cabar
mereka membuktikan Kelantan masih berkualiti," katanya. Bernama
Artikel ini
disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 8:15 PM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/120075#sthash.q71PtkWN.dpuf
No comments:
Post a Comment